HAFSYAHIRA BINTI OTHMAN's Reflection /
GO YOUTH 2.0


GO YOUTH 2.0 adalah salah satu program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kolej Tun Razak (JKM KTR). Para jemputan adalah mereka yang terdiri daripada usahawan yang pernah menjadi mahasiswa UTM itu sendiri serta seorang anak seni yang hebat. Program ini bertujuan untuk mendedahkan tentang dunia keusahawanan dan berkongsi pengalaman dan kejayaan para jemputan kami yang bermula dari kosong hingga mampu membina tampuk yang kukuh sekarang. Program sehari ini terbahagi kepada dua slot. Slot pertama oleh Datin Fouziah Gous iaitu CEO syarikat FG Walet. Slot pertama ini berkenaan “Cara untuk Mengembangkan Minda Keusahawan – Ubah Cara Berfikir Sekarang!”. Untuk sesi ke dua, forum adalah tentang “Zero Kepada Hero – Tiada yang Mustahil”. Forum untuk sesi ke dua ini terdiri daripada Arif Tukiman iaitu CEO dan pengasas bersama Run Cloud. Beliau juga merupakan salah seorang alumni UTM Skudai. Selain itu adalah Bryan Chua iaitu pengasas kepada Nescafe di UTM.
Untuk slot pertama, Datin Fouziah banyak berkongsi tentang jatuh bangunnya FG Walet sehingga mampu terkenal ke luar Malaysia. Beliau banyak menekankan kepada setiap peserta untuk tidak mudah mengalah dalam setiap cita-cita dan impian yang ingin dicapai walaupun tidak mudah. Setiap gelak ketawa beliau diselit dengan kata-kata membina untuk kami bangun dari kesenangan hidup yang dinikmati sekarang dan dalam masa yang sama membina peluang pekerjaan kepada ramai orang. Untuk sesi yang ke dua, Encik Bryan Chua mementingkan kami supaya tidak malu bertanya dan sentiasa berkawan dengan semua orang. Encik Arif Tukiman banyak berkongsi cerita tentang Run Cloud. Beliau juga berkongsi tentang projek daging burger yang diusahakan oleh beliau bersama bersama rakan kongsinya. Perniagaan ini membuka peluang pekerjaan untuk anak muda mencari pengalaman khususnya disamping menambah pendapatan sendiri. Apa yang dapat ditekankan, setiap impian yng ingin dicapai memerlukan usaha yang maksimal tanpa putus asa.
Secara keseluruhan dari program ini, kami didedahkan tentang bagaimana untuk belajar mengenai cabaran yang akan dihadapi oleh usahawan sebelum mereka berjaya. Sebagai peserta, kami mengambil peluang untuk mengajukan beberapa persoalan kepada mereka untuk kami lebih memahami tentang duniaperkara yang bayak ditekankan adalah untuk  keusahawanan. Melalui program ini, ia membantu kami untuk mendapatkan lebih pengetahuan mengenai bagaimana untuk menjadi usahawan yang berjaya. Program ini banyak mengaitkan kehidupan seharian sebagai satu langkah dan inisiatif untuk lebih melangkah maju ke hadapan terutamanya kepada kepada bakal-bakal graduan yang menunggu peluang pekerjaan.
Untuk mencapai kejayaan dalam bidang keusahawan, sikap tamak wajar dihindari dan sifat mengutamakan kepentingan diri sendiri seperti yang dipercayai oleh pelopor kapitalis barat Adam Smith. Beliau menegaskan bahawa usahawan hendaklah mencari titik keseimbangan antara motif menjana individu dengan tanggungjawab dengan masyarakat. Selain itu individu yang ingin menjadi usahawan perlu memiliki dorongan yang tinggi untuk mendapatkan sesuatu dan melakukan yang lebih baik daripada orang lain. Dalam hal ini bekerja keras untuk mencapai kejayaan. Seseorang yang ingin menjadi usahawan perlu memiliki kebolehan iaitu kebolehan untuk melihat kepada persekitaran, membuat penganalisisan dan mencetuskan idea untuk mencari peluang baru.
Keyakinan diri adalah sangat penting yang perlu ada kerana dunia keusahawanan sentiasa berhadapan dengan halangan dan risiko. Oleh sebab itu, usahawan perlu mempunyai harapan yang tinggi untuk berjaya dan lebih percayakan usaha sendiri daripada bergantung pada orang lain. Kita diri sendiri boleh menilai sama berpotensi atau berkemampuan untuk menjadi seorang usahawan. Bukan sekadar dalam dunia keusahawan untuk kita lakukan ciri- ciri tersebut, tetapi dalam dunia keilmuan juga dipraktikkan perkara ini. Bagi Hisrieh dan Peter (1998) keusahawanan sebagai proses menghasilkan sesuatu yang baru dari segi nilai dengan memperuntukkan masa dan tumpuan serta tenaga yang diperlukan, menanggung risiko kewangan, psikik, sosial dan memperolehi ganjaran daripada usaha-usaha tersebut dalam bentuk kewangan dan kepuasan dm serta kebebasan. Begitu juga dengan Jeffrey A. Timmons, seorang profesor dalam bidang keusahawanan mengatakan keusahawanan sebagai satu tindakan kreatif manusia membangunkan sesuatu yang bernilai daripada tiada suatu apa pun. Keusahawanan lebih kepada memburu peluang tanpa menghiraukan sumber yang dimiliki dan ia juga memerlukan kesanggupan untuk mengambil risiko yang telah sedia ada.
Berdasarkan program sehari itu, antara ilmu yang ditekankan adalah membangun kekuatan mental. Hal ini bermaksud daya tahan seseorang perlu untuk meneruskan dan terus berusaha walaupun menghadapi halangan. Orang yang memiliki kekuatan mental ini melihat cabaran sebagai peluang. Mereka juga merasakan bahawa diri mereka mempunyai kawalan terhadap nasib mereka sendiri, yakin dengan kebolehan diri sendiri untuk menyelesaikan apa yang mereka mulakan. Jadi jangan takut untuk mencuba walaupun perkara yang diinginkan belum tahu penentunya. 
Jadi apa yang boleh dilakukan adalah dengan meningkatkan ketangguhan mental diri sendiri dan meningkatkan peluang diri sendiri untuk berjaya dalam hidup adalah percayakan kepada diri sendiri. Hindari daripada percakapan negatif dan cari cara untuk kekal positif dan menggalakkan diri. Seterusnya terus berusaha tanpa mengenal erti kekalahan walaupun perkara yang kelihatan mustahil atau kemunduran terus menahan kehidupan kita sama ada sewaktu belajar atau ketika untuk menceburi bidang keusahawan.
Memberi tumpuan kepada cara-cara yang membantu membangunkan kemahiran diri dan meneruskan latihan untuk ke hadapan. Salah satu cara tabiat utama orang yang berjaya adalah sentiasa melihat kemunduran dan kegagalan sebagai batu loncatan untuk mencari peluang pembelajaran. Daripada forum kedua, Encik Arif Tukiman berkata supaya metetapkan matlamat untuk dicapai sama ada dalam pembelajaran atau dunia pekerjaan. Beliau berkata lagi, orang-orang yang susah payah tahu bahawa untuk mencapai impian yang ingin dicapai, seseorang itu perlu bermula dengan mencapai matlamat yang dapat dicapai. Matlamat-matlamat ini tidak semestinya mudah dicapai, tetapi dengan mempunyai sesuatu utnuk ditujukan, seseorang akan dapat bergerak maju dan mengatasi setiap halangan. Seterusnya, cari sokongan sebagai sumber kekuatan diri sendiri unuk berjaya.melakukan perkara-perkara sahaja boleh menjadi sukar, tetapi mempunyai sistem sokongan yang kuat dapat membuat lebih mudah. Mentor, rakan taulan, rakan sekerja dan ahli keluarga dapat menghiburkan diri sendiri apabila keadaan menjadi sukar dan juga menawarkan nasihat dan bantuan yang dapat menbantu diri sendiri memperbaiki peluang diri untuk berjaya dan maju.
Sentiasa bermuhasabah diri dalam mencapai kejayaan dalam apa setiap destinasi kejayaan kerana diri sendiri yang menentuksn kehidupan kita. Sekiranya tindakan kita baik, maka baiklah interprestasi kejayaan tersebut dan begiu juga sebaliknya. Sentiasa mengkaji semula setiap langkah yang telah dilakukan kerana kejayaan melalui tindakan yang baik adalah kemenangan untuk diri kita sendiri. Menurut Zig Ziglar, seseorang yang mempunyai perancangan dan persediaan rapi dalam setiap usaha yang dilakukan pasti beroleh kebarangkalian kejayaan sangat tinggi. Kita perlu mengenalpasti kualiti yang ingin dicapai agar kejayaan dapat direalisasikan sebaiknya. Walaupun adakalanya kejayaan tidak dicapai seperti yang dihasratkan, tetapi ia pasti membuka jalan yang lebih baik dan mengurangkan risiko kegagalan.