Secret of Nature – Trans North Titiwangsa

Maklumat - Sebuah program yang dilakukan lebih kepada pengajaran berdasarkan pengalaman mendaki gunung-gunung.

Tarikh - 15 Januari 2020 sehingga 24 Januari 2020

Tempat - Kelantan

Penganjur - Kelab Adventure Team dari Kolej Tuanku Canselor

Secret of Nature – Trans North Titiwangsa

Reporting

Pada 15 Januari 2020 sehingga 24 Januari 2020, program Secret of Nature telah dijalankan di Kelantan. Program ini adalah sebuah program yang melibatkan kecergasan pelajar-pelajar dengan mendaki gunung-gunung yang berada di Malaysia. Ia dianjurkan oleh Kelab Adventure Team, iaitu kelab di bawah Kolej KTC. Secara ringkas, salah satu tujuan program kami diadakan adalah untuk melakukan pembukaan jalan bagi pendaki-pendaki lain. Program ini disertai oleh 15 orang peserta termasuk dua penunjuk arah terlatih iaitu Abang Poncho dan Abang Qahar. Malah, program ini adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat akan kepupusan spesies flora dan fauna di Malaysia serta memberi motivasi kepada peserta untuk tingkatkan kecerdasan dan kecergasan mental dan fizikal melalui pengembaraan dalam pendakian.

Bagi setiap program, semesti kita mempunyai persediaan awal. Pada awal segala persiapan seperti mencari peserta, penyediaan menu makanan, merancang perjalanan dan memastikan setiap kemudahan dan kebajikan kami terjamin seperti kemudahan transport pergi dan pulang. Kami juga perlu memastikan jadual pengawal kami kosong kerana dia adalah antara orang yang amat penting. Selain itu kami juga memastikan kami bersedia dengan peti kecemasan sekiranya berlaku perkara tidak disangka. Tambahan itu, semua peserta telah menjalankan latihan kecergasan sebulan sebelum pendakian bermula. Kami dicabar untuk melakukan larian lebih 5 km dalam sehari pada setiap hari. Tidak lupa dengan semua sokongan dan bantuan dari ahli-ahli kelab yang lain serta alumni kelab.

Kami mulakan pendakian kami dengan merasai penjalanan yang panjang dari Kempas, Johor hingga Kelantan dengan menaiki kereta api dan juga salam perkenalan dengan penunujuk arah atau lebih dikenali sebagai ‘guider’, Abang Poncho dan Abang Qahar. Sepanjang pendakian kami, kami mengakui banyak pahit manis yang berlaku. Salah satu kepahitan kami adalah cabaran dalam perjalanan kami, terlalu banyak turun naik yang amat menguji mental dan fizikal. Tambah lagi dengan beg yang dipikul oleh kami. Ia amat berat kerana hasil beban untuk 10 hari makan bagi 15 orang serta bekalan air bagi setiap individu. Namun bagaimana pun kami telah dilatih dengan memikul beban dan sedia maklum atas perkara tersebut. Cuaca yang tidak menentu juga adalah cabaran yang sangat besar, kerana ia mampu membuat jalan kami lumpuh dan susah untuk didaki.

Pelbagai menu makanan yang disediakan amatlah menggugat jiwa kami. Kami dibahagi kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan memegang 2 hari menu makanan untuk sarapan, makanan tengahari, makanan malam serta supper. Setiap kumpulan itu juga bertanggungjawab untuk memasak untuk semua peserta bagi hari-hari yang ditugaskan. Bagi setiap waktu makan terdapat pelbagai ragam lucu dan hal yang terjadi. Sebagai contoh bagi setiap pagi untuk bangun awal dan memasak adalah amat tercabar, terutama pada hujan dipagi hari. Sejuk adalah perkara yang amat kami elakkan kerana itu adalah penyebab bangun lambat namun apakan daya, hampir setiap pagi kami diselubungi bayu pagi itu. Bagi waktu makan tengahari pula, ianya adalah waktu yang tertunggu-tunggu kerana telah berjalan berjam-jam lamanya maka perut pun mula merayu untuk diisi.

Tidak terlupa semasa persiapan tidur, kerana bagi saya persiapan tidur juga anatara cabaran terbesar. Hal ini kerana, disinilah bermulanya sejuk yang melampau kerana hampir setiap hari kami berjalan dan mendaki dengan cuaca hujan. Bagi pengetahuan semua apabila kita bergerak dan aktif semasa sejuk badan kita akan kurang merasakan sejuk kerana badan kita sedang mengeluarkan haba tersendiri hasil dari pergerakan aktif kita. Maka apabila kami berhenti untuk menyediakan tempat tidur dan bersedia untuk makan malam, badan kami akan sejuk secara mendadak. Oleh hal demikian dalam waktu senja itu peserta wanita diwajibkan untuk menukarkan pemakaian yang kering terlebih dahulu agar tidak terkena kejutan sejuk atau perkara yang tidak diingini sementara para lelaki mendirikan khemah. Memastikan khemah tidak masuk air hujan amatlah susah, sehingga kadang kami sudah tidak hirau untuk tidur dalam keadaan basah. Selain itu, kami juga amat hairan kerana setiap kali waktu kami menjamu selera, kami akan kehilangan sudu atau garfu dan itu amatlah kelakar.

Pengambaraan pendakian kami diakhiri dengan pemandangan terbit mentari dan puncak-puncak gunung ganang di pagi hari. Kami amat bersyukur kerana hari terakhir itu adalah satu-satunya hari kami dengan cuaca yang amat baik dan cantik. Hampir menitis air mata saya kerana bersyukur dapat melihat keindahan alam yang susah untuk saya lihat. Lama kami duduk dan hayati pemandangan disana. Kemudian kami bergerak turun. Perjalanan turun kami mengambil masa satu hari dan untuk sampai ke kawsan rumah orang asli kami harus merentas sungai yang sangat lebar dan deras. Sungai tersebut amat menarik kerana ini adalah pengalaman baru kami namun menyeramkan kerana paras air sungai tersebut cecah atas pingggang, kami tidak meninggalkan sesiapa pun malah kami memegang satu sama lain amat kuat kerana pabila salah seorang dari kami tergelincir kami dapat tampung bersama.

Kami menaiki kenderaan 4WD untuk keluar dari kampong orang asli tersebut. Jalan keluar dari kawasan kampong tersebut juga sesuatu yang amat mustahil. Kami merentas dekat 5 anak sungai dan jalannya masih lagi berlopak dan tanah merah. Ada masa kami turun beramai-ramai dan tolak trak tersebut kerana tersekat di lopak. Namun bagaimanpun perasaan sampai di stesen amatlah melegekan. Kami bersiap bersihkan diri dan bergerak pulang ke rumah masing-masing.

Responding

            Saya percaya bahawa setiap program memerlukan persediaan yang sangat rapi. Hal ini kerana, ia dapat memberi efek yang amat besar kepada setiap program. Sebagai contoh dalam program ini setiap ahli harus bersiap sedia untuk menghadapi cabaran yang ekstrem di masa hadapan. Program kami ini di atur oleh presiden kelab Adventure Team iaitu Fikri. Saya amat bangga dengan arahan yang diberikan oleh Fikri kerana setiap tugasan yang diberikan amat jelas. Saya juga bersyukur dengan rakan kerja kami kerana kerjasama yang diberikan oleh mereka kami dapat melakukan persiapan yang amat rapi. Tambahan lagi, setiap ahli juga harus mengetahui rancangan dan perjalanan program dengan terang dan jelas. Hal ini dapat melancarkan pergrakan program dengan mudah dan sempurna.

            Perjalanan pendakian yang mencabar amat menguji mental dan fizikal, maka saya percaya atas sokongan sesama kami amat penting. Hal ini kerana, tanpa sokongan dan bantuan sesame kami, perjalanan kami mungkin akan melebihi jangkaan masa keluar dari masa yang sepatutnya. Ini juga merupakan satu fahaman berpasukan yang sangat tinggi, kerana sekiranya tiada semangat berkumpulan, sokongan tiada satu sama lain dan semangat untuk menghabiskan perjalanan juga boleh hilang. Selain itu, semangat yang hilang mampu mempengaruhi ahli yang lain juga untuk malas dan tidak semangat. Guider kami, Abang Poncho juga seorang yang sangat memahami dan tegas pada sesuatu yang berpatutan. Abang Poncho juga sangat peramah dan suka berkongsi cerita tentang pengalamannya di hutan.

            Menu makanan dan waktu persiapan malam yang teratur juga penting. Tanpa kerjasama sesama peserta, saya percaya bahawa makanan bagi setiap ahli boleh jadi tidak cukup atau membazir dan tempat tidur juga boleh jadi lambat untuk disediakan. Pengetahuan bagi setiap waktu makanan ada setiap ahli yang akan tiada selera. Ini kerana setiap individu berbeza, mereka terlalu penat sehingga tiada selera untuk makan. Ini mampu memberi efek kepada ketiadaan tenaga untuk mendaki serta ia tidak meringankan beban kepada ahli yang bertugas. Hal ini demikian kerana, kami tidak dibenarkan membuang sisa makanan malah kami disuruh untuk memikulnya. Oleh itu, semua ahli wajib makan untuk kesihatan diri sendiri dan meringankan beban sesama sendiri. Waktu persiapan tidur juga perlu awal agar semua peserta mampu menukar baju basah dengan baju kering agar tidak terkena sejuk yang melampau yang juga memberi kesan kepada bahaya diri sendiri.

            Perjalanan akhir kami amat menaik semangat kami kerana ketidak sabaran kami untuk menghabiskan penyiksaan pengembaraan ini. Namun, untuk teraakhir yang lebih mencabar dari sebelum ini amat menguji mental. Jalannya amat pacak dan tinggi, maka saya percaya bahawa ini terletak kepada semangat individu tersendiri. Hal ini kerana, setiap perserta mempunyai semangat tersendiri namun jalan yang amat mencabar bagi setiap individu itu, seharusnya mempunyai semangat tersendiri untuk meneruskan perjalanan kerana tiada siapa mampu membantu kerana semua ahli tidak mampu. Selain itu, kami juga percaya bahawa bersyukur dengan keindahan alam itu juga perlu. Hal ini kerana tidak semua orang mampu melihat keindahan alam yang mahal itu.  

Relating

            Komunikasi adalah salah satu aspek yang penting. Dalam situasi ini Abang Poncho da Abang Qahar sangat berkomunikasi dengan baik dan bersefahaman satu sama lain membuatkan kami sangat mudah untuk mengikuti arahan mereka. Selain dari pada itu, semasa sebelum program, Fikri dan ahli kelab yang lain juga mempunyai kemahiran komunaki yang bagus. Hal ini yang membuatkan perjalanan dan pergerakan program kami bergerak dengan sangat lancar dan teratur.

            Selain daripada itu, saya sedar bahawa kemahiran berfikir juga memberi impak yang tinggi. Sebagai contoh bagaimana kita ingin mencari sumber air, bagaimana hendak mengekalkan momentum perjalanan atau bagaimana ingin mengekalkan suhu badan dalam keadaan yang selamat. Abang Poncho dan Abang Qahar juga banyak menunjuk ajar kami dari segi memastikan air kami setiap individu cukup dan juga bagaimana ingin merentas sungai yang deras dan lebar dengan selamat.

            Sebagai peserta yang menyertai program ini, semangat berpasukan dan kepimpinan amat tinggi dalam program ini setiap hari saya menyaksikan kumpulan yang bertugas melakukan tugasan yang amat baik. Kami menjamu selera dengan seleranya setiap waktu makan. Salah satu hari kami, kami berjalan tanpa berhenti sahingga lewat malam. Tiada makan malam yang disediakan namun kami makan ringan untuk mengisi perut yang kosong. Pasukan yang bertugas pada hari tersebut melakukan kerja yang amat baik dan laju agar tidak mengambil masa yang banyak namun masih mampu mengisi perut setiap peserta.

            Kemahiran kebolehsesuaian dalam setiap peserta ini amat tinggi. Kami lalui hari dengan keadaan basah, dan setiap malam kami dikelilingi dengan serangga yang sangat menjengkelkan. Namun walaubagaimanapun kami mampu mengatasi pelbagai situasi itu dengan tunjuk ajar dari peserta yang berpengalaman. Kami juga mempelajari bagaimana ingin menjaga kebersihan dan bagaimana ingin menyesuaikan diri untuk membuang air besar di dalam hutan.

            Tambahan lagi, kemahiran berdaya usaha juga penting kerana dengan kemahiran ini kami setiap peserta dapat belajar untuk tidak mudah putus asa. Walaupun dengan pelbagai cabaran dan penyiksaan yang kami lalu, kami diajar untuk jangan pernah berputus asa dan dengan itu juga kami dihadiahkan dengan pemandangan yang sangat mahal diakhir pengembaraan. Abang Poncho ada menawarkan kami untuk melakukan rentas jalan untuk pulang lebih awal dan habiskan penyiksaan itu lebih awal. Namun semua bersetuju dan bersemangat untuk menghabiskan apa yang dimulakan.

Reasoning

            Saya sedar bahawa setiap situasi itu mempunyai kepentingan tersendiri. Sebagai contoh, dimana kami tidak berputus asa dalam mencapai sasaran dan tujuan kami dalam pengambaraan kami. Ini mampu memberi kami pengajaran dalam kehidupan walaubagaimana cabaran yang dihadapi, sekiranyan kami tidak berputus asa kejayaan akan sentiasa menanti seperti perasaan kami apabila berjaya sampai di puncak yang terakhir dan dihadiakan dengan pemandangan yang indah.

            Selain daripada itu, komunikasi sesama kami juga amat penting kerana tanpa komunikasi yang bagus tiada bersefahaman dalam suatu perkerjaan. Dalam situasi ini, Fikri dan ahli kelab yang lain berkomunikasi dengan sangat baik. Oleh hal yang demikian, program ini berjalan dengan lancer dan teratur. Begitu juga dalam kehidupan kita, saya sedar bahawa komunikasi itu sangat penting dalam suatu pekerjaan kerana ini akan menghasilkan hasil kerja yang sangat bagus dan memberangsangkan.

            Seseorang yang mampu bekerja dalam tekanan juga suatu kemahiran yang amat penting dalam kehidupan harian terutama di alam pekerjaan. Program ini berjaya mendidik kami untuk sentiasa untuk mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Sebagai contoh, kami tetap meneruskan perjalanan kami walaupun kami menampung lebih 18 kilogram beban dibahu. Kami juga berjaya menempuh jalan malam-malam yang mencabar setiap hari dan juga berjaya mengisi perut setiap peserta dengan sangat baik.

Reconstructing

            Sebagai kesimpulan, saya belajar untuk sentiasa bersabar dan saling membantu sesama kita. Hal ini kerana saya ingin menunjuk kepada semua bahawa pengembaraan mendaki bukanlah seteruk yang disangka. Penyiksaan yang dikatakan bukan lah sebuah penyiksaan yang benar ianya hanya perasaan yang sementara kerana sehari selepas pulang saya merindui setiap perkara yang berlaku. Begitu juga kehidupan kita akan sentiasa mengimbas kembali apa yang berlaku dalam kehidupan kita untuk mengajar kita untuk menjadi yang lebih baik.

            Oleh hal yang demikian, saya ingin mengubah beberapa perkara dalam program ini. Antara salah satu yang telah dikatakan ialah pandangan orang terhadap pengembaraan daki ini kerana mereka sering menganggap pengembaraan ini adalah membuang masa sedangkan kami dapat mempelajari banyak pelajaran dan menggunakannya di kehidupan harian. Malah saya belajar untuk tidak berputus asa kerana suatu kejayaan sentiasa menanti untuk orang yang tidak putus asa.

            Selain daripada itu, saya juga mencatat untuk mengubah cara kami melakukan tugas dalam kumpulan. Walaupun kumpulan itu telah ditugaskan untuk melakukan tugas masing-masing pada waktu dan hari masing-masing. Kita sebagai manusia yang berperikemanusiaan haruslah turut memberi kerjasama agar segala kerja yang ditugaskan dapat dilakukan dengan baik. Malah pada setiap persediaan tidur malam, peserta lelaki hendaklah memberi peserta perempuan untuk merasa dan mengalami untuk menyediakan persediaan malam sebagai pengalaman tersendiri. Namun saya juga tidak menidakkan cara mereka sentiasa utama keselamatan para peserta wanita.

            Akhir sekali, saya juga ingin mengatakan bahawa kita haruslah sentiasa untuk tidak terlalu berharap terhadap individu lain. Hal ini kerana dalam kehidupan juga kita sering perlu ada kekuatan untuk melakukan sesuatu itu tersendiri dan berani mengambil risiko agar ini dapat mengajar kita dalam kehidupan.

IMG_20200124_074429 (1).jpg