Extra-curricular Activities Reflection Reports (Report 2)

Description: DELEGATION: SCHOOL OF COMPUTING 2020

Date: 27 Febuari 2020

Venue(s): Universiti Tun Hussien Onn (UTHM)

Organiser: PERSAKA UTM

Position: Participant

  • REPORTING

Delegasi sekolah komputeran ini telah berlangsung pada 27 Febuari 2020 bertempat di Universiti Tun Hussien Onn ( UTHM ), Batu Pahat, Johor. Delegasi ini telah dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Sains Komputer atau lebih dikenali sebagai PERSAKA. Tujuan delegasi ini dilaksanakan adalah untuk mengeratkan hubungan diantara pihak pelajar sekolah komputeran, Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ) bersama pihak pelajar dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat atau lebih dikenali sebagai FSKTM, Universiti  Tun Hussien Onn ( UTHM ). Program ini juga bertujuan untuk berkongsi pendapat dan pengurusan persatuan dalam pelaksanaan persatuan serta kaedah pembelajaran di Universiti Tun Hussien Onn ( UTHM ).

Kami bertolak ke Universiti Tun Hussien Onn tepat pada jam 09 : 00 pagi dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ). Sesampai sahaja diasana kami dikehendaki berkumpul di bilik persatuan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat ( FSKTM ) untuk bersama – sama bergerak ke bilik kuliah untuk mendengarkan ucapan alu -aluan dari dekan mereka dan presiden kelab persatuan teknologi maklumat ( ITC ). Selepas itu, kami telah dibawa oleh anggota kelab teknologi maklumat ( ITC ) ke bilik – bilik kuliah mereka dan kami juga dibawa meronda di fakulti mereka. Saya dapati makmal komputer disana amat berlainan dengan makmal komputer yang berada Sekolah Komputeran UTM. Kursus – kursus komputer di Universiti Tun Hussien Onn ( UTHM ) juga berlainan  dengan apa yang ditawarkan di sekolah komputeran UTM. Antara kursus yang telah ditawarkan ailah Sarjana Muda Teknologi Maklumat, Sarjana Muda Sains Komputer ( Keselamatan Maklumat ) dengan Kepujian, Selain itu, Sarjana Muda Sains Komputer ( Pengkomputeran Multimedia ) dengan Kepujian juga ditawarkan, Seterusnya ialah Sarjana Muda Sains Komputer ( Kejuruteraan Perisian ) dengan Kepujian dan akhir sekali, Sarjana Muda Sains Komputer ( Teknologi Web ) dengan Kepujian.

Selepas dari itu kami dibawa ke Perpustakaan Tunku Tun Aminah. Perpustakaan tersebut merupakan salah satu perpustakaan akademik terbesar di Malaysia. Bangunan tersebut berketinggian empat tingkat. Perpustakaan ini berbentuk bulat seperti donat dan ianya terletak di tengah – tengah Universiti Tun Hussien Onn ( UTHM ) ia juga boleh dimasuki oleh pelbagai arah. Di aras paling bawah terdapat kafe untuk para pelajar dan di perpustakaan tersebut juga mempunya tabung makanan bagi pelajar yang tidak mempunyai wang mereka boleh ambil makanan di situ sahaja. Makanan disitu adalah hasil daripada sumbangan para pelajar yang lain dan juga pekerja – pekerja disitu. Selepas itu kami telah  dibawa ke masjid ( Masjid Sultan Ibrahim ) untuk menunaikan solat zohor dan asar. Makanan petang juga telah disediakan oleh pihak Universiti Tun Hussien Onn ( UTHM ). Kami telah kembali ke Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ) pada jam 5:30 petang selepas selesai makan.

 

 

 

  • RESPONDING

Sebelum menyertai program ini, saya tidak mempunyai banyak idea tentang bagaimana universiti – universiti yang lain selain daripada di universiti saya sendiri. Dengan adanya program ini, saya dapati kursus – kursus yang ditawarkan adalah pelbagai dan meluas. Cara pembelajaran mereka juga berlainan dari sekolah komputeran saya. Di Universiti Tun Hussien Onn, fakulti mereka mempunyai lebih banyak makmal dan juga bahan – bahan yang disediakan adalah jauh lebih maju. Disana, mereka juga ditawarkan kursus yang lebih mendalam dan spesifik. Selain daripada itu, saya dapat memperluaskan lagi pengaruh sosial saya. Semasa delegasi tersebut, saya telah bercampur dengan pelajar mereka dalam membentuk pasukan sementara. Pelajar – pelajar disanalah yang telah membawa kami untuk lawatan ini. Bilik – bilik kuliah mereka juga mempunya server – server tersendiri. Mereka juga mempunya bilik kuliah yang khas untuk pelajar yang mengambil subjek artificial intelligence kerana disana meraka mempunyai peranti sendiri dalam menjalankan projek augmented reality.

 

Selain daripada makmal dan kelas kamu juga dibawa ke perpustakaan di sana iaitu Perpustakaan Tunku Tun Aminah. Perpustakaan disana kelihatan cantik dan terkini. Mungkin ini adalah disebabkan perpustakaan tersebut masih baru dan dijaga dengan baik. Perpustakaan disana mempunyai lebih 300, 000 naskah buku dan mampu menampung lebih dari 3000 pengguna dan secara tidak lansung meletakkannya sebagai salah sebuah perpustakaan akademik yang terbesar di malaysia. Antara kemudahan yang terdapat di sana ialah loker,bilik karel terbuka ( bilik perseorangan ), kunci laptop, wi-fi access, mesin pinjaman layan diri, book drop ( mesin pemulangan buku sendiri ), mesin fotokopi, bilik bacaan 24 jam dengan kapasiti sehingga 300 orang pengguna dalam satu – satu masa, serta ruang galeri terbuka, seterusnya, kiosk maklumat dan berbagai lagi.

 

 

  • RELATING

Sebelum ini, saya pernah mengikuti progam seperti ini, tetapi ia nya tidak berapa memberi manfaat kepada saya dari segi pergaulan bersama pelajar di universiti – universiti yang lain. Kami hanya dibawa mengelilingi universiti tanpa mengalami situasi yang sebenar di universiti tersebut. Saya pernah mengikuti program seperti ini ke Universiti Teknologi Mara ( UiTM ), Segamat, Johor. Di sana, kami hanya dibawa untuk melawati perpusatakaan sahaja dan kami tidak dipecahkan mengikut kumpulan supaya menjadi kumpulan – kumpulan kecil. Jadinya, seramai empat puluh orang telah berbaris mengikuti seorang atau dua orang sahaja untuk mendengar penjelasan dari pegawai perpustakaan tersebut. Bayangkanlah betapa ramai yang tidak dapat mendengar penjelasan daripada pegawai perpustakaan tersebut semasa mereka memberi penjelasan tentang perpustakaan tersebut. Pelajar tidak memebri fokus malah hanya membuat kerja mereka atau berbual dengan rakan – rakan mereka sahaja tanpa menghiraukan pegawai perpustakaan tersebut.

Tetapi ianya berbeza semasa saya mengikuti program dilegasi sekolah komputeran ke Universiti Tun Hussien Onn ( UTHM ) ini kerana saya dan rakan – rakan saya dibahagi kepada kumpulan yang lebih kecil dan setiap kumpulan diberi seorang anggota dari kelab teknologi maklumat ( ITC ) untuk mengelilingi bilik kuliah dan perpusatakaan mereka. Dengan adanya kumpulan – kumpulan kecil seperti ini, kami sebagai pelajar akan lebih mendegar penjelasan tentang tempat – tempat tersebut dan kami menjadi lebih fokus untuk mendengar penjelasan yang diberikan oleh mereka. Jadi, kami tidak perlulah mencari maklumat yang berkaitan dan jika kami mempunyai persoalan, kami boleh terus bertanya kepada anggota kelab teknologi maklumat tersebut. Ianya akan menjadi lebih mudah kerana kami akan terus mendapat jawapan yang diinginkan.

 

 

  • REASONING

Bagi seorang pelajar yang tidak mempunyai banyak ilmu tentang berdelegasi atau penanda aras, saya dapati program ini banyak memberi manfaat kepada kami antara manfaat yang saya dapati semasa mengikuti program ini ialah ia dapat membantu organisasi seperti kelab Persatuan Mahasiswa Sains Komputer ( PERSAKA ) untuk memahami kekuatan dan kelemahan akan kelab mereka. Selain daripada itu dengan adanya delegasi atau penanda aras di antara Sekolah Komputeran Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ) dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat ( FSKTM ), Universiti Tun Hussien Onn ( UTHM ) ini, ia membolehkan sesebuah organisasi untuk merealisasikan tahap prestasi yang betul dengan melihat tahap prestasi organisasi yang lain. Ianya juga dapat membantu organisasi seperti kelab Persatuan Mahasiswa Sains Komputer ( PERSAKA ) meningkatkan kelebihan daya saing mereka.

 Program – program seperti inilah yang akan membantu saya dan organisasi yang lain pada masa hadapan. Saya dapati daripada program delegasi ini, anggota – anggota didalam organisasi tiada lagi halangan berkomunikasi antara satu sama lain, Selain itu, dengan adanya penanda aras ini juga, saya dapat mengelakkan diri dari berfikiran negatif dan sentiasa berlaku adil dalam segala hal, saya juga akan sentiasa bersikap jujur dan bersikap lebih terbuka terhadap segala perkara. Dengan adanya delgasi seperti ini juga, saya dapat meluaskan lagi rangkaian sosial saya dengan pelajar di Universiti Tun Hussien Onn ( UTHM ). Saya dan juga pelajar yang lain dapat mempelajari banyak perkara – perkara baru yang belum tentu dapat di dalam dewan kuliah. Antara yang kami pelajari dalam program delegasi ini ialah bagaimana untuk menguruskan sesebuah organisasi untuk menjadi lebih baik serta memimpin dengan cara yang baik selain daripada dapat mengeksplorasi tempat yang baru.

 

 

  • RECONSTRUCTING

            Dengan pengalaman yang saya peroleh daripada delegasi ini, saya akan memastikan saya akan sentiasa mengambil tahu tentang hal – hal diluar zon selesa saya dan apa yang terjadi di sekeliling saya. Saya juga berharap yang saya akan menjadi lebih aktif pada masa akan datang supaya saya akan mudah untuk bergaul dengan orang lain. Saya merupakan seorang yang introvert, dengan adanya aktiviti - aktiviti seperti ini. Ia akan dapat membantu saya dalam mengurangkan perasaan malu, takut untuk berjumpa, bercakap atau bergaul dengan orang baru dalam diri saya. Saya juga akan cuba mencari peluang – peluang yang lain untuk bergaul. Ia akan memberi manfaat kepada saya seperti, saya akan dapat berjumpa dengan kenalan – kenalan baru, saya juga dapat meneroka tempat – tempat baru yang saya tidak pernah ketahui serta saya akan mendapat ilmu yang baru.

Saya juga akan memastikan orang – orang disekeliling saya mendapat manfaat yang sama seperti saya. Jika saya tidak mempunyai peluang menyertai aktiviti seperti ini pada masa akan datang kerana sibuk, saya akan tetap melakukannya menggunakan kaedah yang lain seperti dalam talian atau menyertai badan – badan NGO. Saya amat berharap, sikap introvert dalam diri saya ini berkurangan agar saya lebih mudah disukai atau bahasa mudahnya senang untuk dibuat kawan. Saya juga berharap fikiran saya akan mudah terbuka kepada orang lain. Saya juga berharap pada suatu hari nanti saya akan berkesempatan untuk membuat program seperti ini. Dan dapat membantu pelajar – pelajar seperti saya yang bersikap introvert untuk lebih bersifat terbuka dan dapat bergaul dengan lebih ramai orang lagi seterusnya dapat membuat kenalan baru selain kenalan atau rakan yang berada di universiti yang sama. Saya juga akan mendapat maklumat – maklumat tambahan sepanjang menjalani atau mengikuti program seperti ini.