My Story
Nama diberi Ahmad Aizuddin Bin Kamarulzaman oleh ibu dan ayah yang tercinta dan dikasihi. Lahirnya insan ini di bumi bertuah pada tanggal 26 Julai 1992. Memulakan alam persekolahannya yang pertama di Sekolah Rendah Seri Ampang (1999-2004) dengan kelulusan yang sederhana dalam UPSR : 3A 2B. Seterusnya, meneruskan persekolahan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jala Empat (2005-2009) di mana berkat doa ibubapa, guru-guru dan rakan-rakan alhamdulillah PMR memperolehi 7A 1B. Walaupun subjek kegemaran Sains tidak memperolehi A dalam PMR tidaklah mematahkan semangat insan ini untuk terus berusaha lebih keras lagi. Alhamdulillah, sekali lagi Allah memberi rezeki kepada saya dan rakan-rakan yang lain untuk lulus dengan kurang cemerlang dalam SPM 5A 3B 1C. Seterusnya ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS). Terkini, Saya mampu tersenyum bukan selebar-lebarnya dan bersyukur kerana dapat menyambung pengajian saya di Univerisit Teknologi Malaysia (UTM). Alhamdulilah saya dapat sambung Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dalam masa 4 tahun di sini.