Critical Path Method
Assalamualaikum..
Baru-baru ini, saya dan rakan sekelas telah menghadiri satu bengkel untuk mempelajari tentang Microsoft Project bagi subjek Pengurusan Projek dan Pembinaan di Tanjung Piai. Bengkel ini diadakan selama 3 hari 2 malam iaitu bermula dari 10 hingga 12 April 2012. Sebelum saya menceritakan dengan lebih lanjut tentang apa yang saya telah pelajari ketika saya berada di sana, saya ingin mengucapkan jutaan ucapan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu DR ROZANA di atas kesudian beliau untuk mengajar dan membantu kami untuk memahami dengan lebih mendalam bagi menggunakan Microsoft Project ataupun dengan lebih tepat Critical Path Method. Banyak ilmu berguna dan bermanfaat yang saya perolehi ketika saya berada di seminar tersebut.
Semasa kami berada di sana, kami dibahagikan kepada tujuh kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada enam orang. Sebelum kami menghadiri seminar tersebut, kami ditugaskan untuk mencari ‘Bil of Quantity’ dan juga ‘Standard of Rate’. Diawal sesi seminar, kami telah diberi tunjuk ajar bagaimana cara menggunakan Microsoft Project oleh Dr Rozana sebelum kami memulakan projek kami. Segala maklumat tentang pembinaan telah kami perolehi berdasarkan BQ yang kami dapati untuk kami jadikan panduan untuk menggunakan Microsoft project. Setelah 3 hari berada disana, banyak ilmu yang dapat saya pelajari tentang critical path method. Antaranya adalah :
- Urutan tentang aktiviti pembinaan yang diperlukan dari awal hingga projek disiapkan
- Kebergantungan antara satu aktiviti dengan satu aktiviti yang lain
- Mewujudkan rangkaian logic antara aktiviti-aktiviti yang terlibat
- Anggaran masa yang diperlukan bagi setiap aktiviti untuk sesuatu projek
- Dapat mengetahui tarikh siap dan anggaran kos keseluruhan projek
- Penggunaan CPM memerlukan perancangan, pengurusan yang teliti dan baik dari segi masa, bahan, buruh/pekerja dan juga jentera/mesin.
Secara keseluruhannya, banyak perkara yang perlu diambil kira dan dititik beratkan dalam menggunakan cpm. Ini kerana perancangan dan pengurusan yang baik dapat memastikan sesuatu projek dapat disiapkan dengan cepat dalam masa yang ditetapkan tanpa kos keseluruhan projek yang berlebihan. CPM hanya merupakan alat pembantu untuk kita melihat urutan aktiviti-aktiviti yang perlu kita lakukan disamping kita dapat mengetahui bajet dan juga tarikh projek tersebut disiapkan setelah perancangan dilakukan dengan baik.