PESANAN SAIDINA UMAR

  •  Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.
  • Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.
  • Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.
  • Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.
  • Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.
  • Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.
  •  Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.
  • Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.