ALAM DAN KITA
ALAM DAN KITA
v MATA MELIHAT ALAM, HATI MELIHAT TUHAN
“Sesungguhnya pada kejadian semua langit dan bumi dan perubahan malam dan siangdan kapal yang berlayar di lautan membawa (barang) yang bermanfaat bagi manusia dan apa yang diturunkan allah dari langit berupa air,maka dihidupkanNya dengan (air) itu bumi,sesudah matinya, seraya disebarkanNya padanya dari tiap-tiap jenis binatang, dan peredaran angin dan awan yang diperintah di antara langit dan bumi adalah semuanya itu tanda-tanda bagi (kebesaran allah) bagi kaum yang berakal.”
Al- Baqarah:164
Belajar Dari Alam
Sedar atau tidak, allah telah menciptakan alam ini sebagai hadiah bagi hamba-hambanya.tapi sayangnya,tidak ramai yang mahu berfikir.Kita kadangkala lebih mengagumi kemewahan dan perhiasan dunia yang sebenarnya hanya memperdayakan kita melupakan hakikat sebenar penciptaan kita sebagai seorang abid(hamba) dan khalifah di muka bumi ini. Lupakah kita pada kisah qarun yang mati dalam keadaan terhina akibat daripada harta yang membuatkan nya lupa kepada sang pencipta. Nyata harta itu tidak menambah keimanan qarun melainkan membawannya ke tempat yang lebih hina.
“Dan sesungguhnya kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati(tetapi) tidak mahu memahami dengannya(ayat-ayat allah) dan yang mempuyai mata (tetapi tidak mahu melihat) dengannya (bukti keesaan allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak,bahkan mereka itulah orang-orang yang lalai.”
“AYUHLAH MEMPERINGATKAN DIRI DENGAN AMARANNYA, MOGA-MOGA KITA MENJADI ORANG YANG CELIK BUKAN HANYA DIMATA,TETAPI JUGA PADA HATI.”
CARA MEMBERSIHKAN HATI
- Perbanyakkan zikir kepada allah
“perumpamaan orang yang berzikir (menyebut dan mengingati)tuhannya dan orang yang tidak berzikir adalah orang yang hidup dan orang yang mati.”
2. Mengingati kematian
“perbanyakkan mengingati sang penghancur kenikmatan,yakni kematian.
3. Ziarah kubur
“Dulu aku pernah melarangmu ziarah ke kubur. Sekarang berziarahlah ke kubur, kerana ia akan melembutkan hati, menitiskan air mata, mengingati akhirat, dan membuatkanmu tidak mengucapkan perkataan yang buruk.”
4. Mengunjungi orang-ornag yang soleh
“perumpamaan teman duduk yang soleh itu seperti penjual minyak wangi.Jika ia ridak memberimu sebahagian dari minyak wanginya,maka kamu sudah mendapatkan bau wangi daripadanya.”
5. Mengasihi orang miskin dan menyayangi anak yatim.
“apakah kamu ingin hatimu menjadi lembut dan mendapat memenuhi hajatmu? Sayangilah anak yatim, usaplah kepala mereka dan berikan mereka sebahagian dari makananmu, niscaya hatimu menjadi lembut dan dapat memenuhi hajatmu,”
KATA- KATA HIKMAH
ILMU ITU SEBAIK –BAIK PUSAKA
ADAB ITU SEBAIK-BAIK SIFAT
TAQWA ITU SEBAIK- BAIK BEKALAN
IBADAH ITU SEBAIK- BAIK BARANG PERNIAGAAN