MUHAMMAD NUR EZZAT BIN ESHAMUDDIN's Reflection
Keperibadian merupakan perbezaan antara individu dengan individu lain dalam mencorak cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku.
Keperibadian akan memberi tumpuan kepada dua aspek, iaitu :
- Memahami perbezaan individu dalam ciri-ciri personaliti tertentu, seperti mudah bergaul atau mudah marah.
- Memahami bagaimana pelbagai aspek pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang itu bersatu secara keseluruhan.
Gambar dibawah menunjukkan keputusan tinjauan keperibadian saya :
Kecekapan kendiri adalah kepercayaan individu terhadap keupayaannya untuk melaksanakan sesuatu perkara yang diperlukan dalam diri untuk menghasilkan sesuatu pencapaian dan prestasi tertentu dalam kehidupan.
- Ia sebenarnya mencerminkan keyakinan diri terhadap keupayaan diri untuk mengawal tingkah laku dan persekitaran sosial sendiri.
Selain itu, Kecekapan kendiri kognitif ini adalah penilaian yang telah dipengaruhi oleh semua jenis pengalaman manusia, termasuk matlamat yang diusahakan , jumlah tenaga yang digunakan untuk mencapai matlamat, dan usaha untuk mencapai tahap prestasi tertentu.
Namun begitu, dalam konstruk psikologi tradisional, kepercayaan efikasi kendiri disimpulkan bahawa ia berbeza-beza bergantung pada domain fungsi dan keadaan sekeliling semasa melakukan sesuatu perkara.
Self concept merupakan perkara penting dalam pembentukan dan perkembangan kepribadian seseorang. Konsep diri merupakan representasi diri yang merangkumi identiti diri iaitu watak personal, pengalaman, dan status sosial (Desmita, 2012).
- Menurut Rogers bahawa konsep kepribadian yang paling utama adalah diri. Diri (self) berisi ide-ide, persepsi-persepsi dan nilai-nilai yang mencakup kesadaran tentang diri sendiri.
- Menurut Baron & Byrne, keperibadian merupakan suatu skema diri yang mengkaji dan mengenalpasti kualiti dan watak personal yang meliputi penampilan fisik (tinggi, pendek, berat, ringan).
Faktor-faktor yang mempengaruhi keperibadian:
- Penilaian diri sendiri
- Reaksi dari orang lain
- Nilai kebudayaan dalam kalangan masyarakat
Harga diri ialah berkaitan tentang diri sendiri secara keseluruhan. Hal ini kerana ia melibatkan perasaan tentang kebolehan dan keterbatasan diri dalam sesuatu keadaan.
- Apabila kita mempunyai harga diri yang tinggi, diri akan berasa baik tentang diri sendiri dan melihat diri ini layak untuk dihormati orang lain. Namun sebaliknya, apabila harga diri yang rendah, ini akan menjadikan sedikit nilai pada pendapat dan idea dalam keadaan tidak cukup baik.
Psikologi merupakan suatu kajian saintifik tentang proses mental dan tingkah laku. Psikologi berkaitan dengan kognitif, iaitu yang berhubungan dengan pemprosesan maklumat yang dilihat dari segi fungsi psikologikal seseorang individu. Psikologi menjelaskan bagaimana minda manusia dapat membina konsep, menaakul, membuat persepsi dan mempelajari sesuatu (adjustment). Oleh itu, psikologi ini merupakan konsep yang abstrak kerana ia ada kaitan dengan otak manusia dan tingkah laku.
Falsafah dan psikologi adalah dua bidang pengajian yang berbeza. Namun, Psikologi timbul daripada falsafah berikutan kaedah empirikal (pengumpulan data) yang digunakan ketika meneliti pertanyaan yang diajukan oleh ahli falsafah. Kesannya, falsafah telah membawa pelbagai topik kajian ke bidang psikologi, seperti topik sensasi, persepsi, kecerdasan, dan ingatan.
Selain itu, penyelesaian yang diberikan oleh setiap bidang adalah berbeza. Walaupun mereka berkongsi subjek kajian yang sama, namun mereka mempunyai sudut pandangan yang berbeza. Bukan itu sahaja, walaupun falsafah dan psikologi menggunakan teori yang sama, falsafah dan psikologi selalunya tidak sampai pada kesimpulan yang sama.
Dekolonisasi adalah perbuatan pemansuhan kolonialisme, iaitu penetapan dan pengekalan kekuasaan sebuah negara yang mengekalkan pengesuaan lebih dari satu atau lebih wilayah.
- Istilah ini merujuk kepada pembubaran empayar-empayar jajahan yang diwujudkan di seluruh dunia sebelum Perang Dunia Pertama berikutan peristiwa yang berlaku bertahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua.
Refleksi saya terhadap program ini, kita tidak seharusnya membiarkan pengaruh yang ditinggalkan semasa berlakunya dekolonisasi kerana pengaruh tersebut akan menyebabkan adat resam setiap budaya akan semakin pupus.
Sebagai seorang yang berbangsa melayu, kita tidak seharusnya memikirkan kepentingan diri sendiri kerana sebagai negara yang hidup dalam keharmonian dan pelbagai kaum, kita harus mengamalkan sikap bertolak ansur sesama agama dan budaya. Keadaan ini harus diamalkan bagi mengekalkan keamanan negara. Berikutan pengaruh yang ditinggalkan semasa dekolonisasi, perkara yang memajukan diri dan negara haruslah dicontohi manakala budaya yang negatif, haruslah dijadikan sempadan. Sebagai contoh, kaedah pentadbiran, kemajuan teknologi, kualiti pendidikan dan sebagainya. Kesannya, negara mampu bersaing maju menjelang matlamat yang harus dicapai pada TN50. Jati diri yang utuh dan yakin dalam sesuatu perkara haruskan dipraktikkan agar diri tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang boleh menjejaskan kemajuan diri.
Refleksi saya pada minggu ini adalah topik insan merupakan suatu pendedahan yang berkaitan dengan diri seseorang manusia.Seseorang manusia mempunyai empat elemen diri iaitu hati,akal,otak dan nafsu. Keempat-empat elemen tersebut mempunyai peranan tersendiri.Namun saya ingin memberi penekanan terhadap elemen nafsu.Nafsu merupakan musuh utama yang jelas dalam diri seseorang.Sekiranya seseorang itu gagal untuk mengawal nafsu,maka hidupnya akan dipenuhi dengan perkara negatif.Justeru,sebagai manusia yang mempunyai akal dan otak,kita hendaklah bijak dalam mengawal diri supaya tidak melakukan perkara yang mampu memberi impak negatif kepada diri.