Kemahiran Berkomunikasi dan Berfikir

Laporan Mini: 

Pada 18 April 2019, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) telah mengadakan sebuah program tahunan yang dinanti-nanti oleh para pelajar.  Saya telah ditugaskan untuk mengendalikan tugas dibawah ahli jawatankuasa (unit kenderaan) di mana para pelajar akan menaiki bas untuk menuju ke destinasi majlis.

Tugas saya bermula setelah pendaftaran pelajar yang ingin menyertai makan malam tersebut ditutup. Bilangan yang tetap akan diberitahu dan saya perlu mengira jumlah bas yang perlu disewa. Setelah itu, saya dan rakan seunit akan menghubungi Bahagian Penyewaan Bas di dalam UTM untuk menyewa sebanyak 8 buah bas bagi membawa para pelajar ke hotel. Kemudian, kami juga membahagikan para pelajar mengikut bas masing-masing bagi memastikan semua mendapat tempat. Beberapa masalah juga dapat saya atasi dengan baik bersama rakan seunit dengan kemahiran berkomunikasi. 

Atribut Siswazah yang dapat saya ketengahkan sewaktu aktiviti ini adalah kemahiran untuk berfikir dan berkomunikasi dengan baik bagi mamstikan kelancaran perjalanan pelajar sewaktu pergi dan pulang dengan selamat. Sebagai seorang pelajar, saya akui kelemahan saya adalah untuk meningkatkan kemahiran komunikasi saya namun itu bukanlah penghalang untuk saya mencuba untuk menjadi lebih baik. Kebanyakkan aktiviti yang disertai memaksa saya untuk berkomunikasi dan hal ini sedikit sebanyak dapat memperbaiki kemahiran untuk berkomunikasi. Saya belajar bahawa setiap permasalah perlu diselesaikan dengan perbincangan yang baik. Segala permasalahan akan dibincangkan bersama unit saya dan sekiranya masih gagal untuk menemui jalan penyelesaian saya akan merujuk yang lebih berkuasa. 

Selain daripada itu, saya juga dapat menajamkan kemahiran berfikir untuk mengatasi masalah yang muncul tanpa dirancang. Seperti contoh, masalah untuk pertukaran bas berlaku antara para pelajar kerana mereka ingin duduk bersama rakan-rakan yang lain dan terdapat juga pelajar yang tarik diri secara mengejut pada waktu kejadian kerana mempunyai kenderaan sendiri. Hal-hal seperti ini sememangnya mengganggu waktu perjalanan bas kerana kami perlu mengambil kira sama ada pelajar tersebut tertinggal atau mempunyai kenderaan sendiri sedangkan namanya berada di dalam senarai. Melalui dua kemahiran ini, saya belajar untuk mengendalikan pelajar dan mengatasi masalah dengan tenang tanpa berasa resah.

Keseluruhan majlis berjalan seperti yang dirancang, majlis bermula setikar jam 8 malam dan dihadiri pengetua-pengetua setiap kolej, majlis perwakilan pelajar dan jawatankuasa kolej mahasiswa yang lain. Pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti persembahan oleh pelajar-pelajar kolej yang berbakat, peranugerahan pingat kepada pelajar yang banyak menyumbang kepada kolej serta makan malam yang lain daripada yang lain. Para pelajar berdandan dan memperagakan pakaian yang cantik dan kemas sesuai dengan tema yang kami bincangkan iaitu "Glitz and Glam".  Semestinya tidak lepas untuk memberikan hadiah kepada "King and Queen of the Night" dengan pakaian yang paling unik dan menepati tema.

 

Refleksi Kendiri:

Kesan terhadap aktiviti yang dijalankan adalah saya dapat keluar daripada zon selamat. Secara tidak langsung, ianya membuka mata saya dan dapat mengasah bakat yang tidak saya ketahui ada dalam diri. Saya banyak belajar perkara baru dalam menguruskan sesebuah aktiviti yang bagi sesetengah pelajar hanyalah sebuah makan malam. Bagi saya, ini merupakan peluang keemasan untuk saya memperbaiki diri disamping menbuat kenalan baru diluar kelompok fakulti saya. 

Antara kelebihan yang membuatkan saya ingin menjadi salah seorang krew untuk program ini adalah sifat berani yang ingin ditonjolkan. Saya ingin membuktikan bahawa bukanlah akademik semata-mata tujuan saya untuk menjadi pelajar di UTM namun penglibatan dalam kokorikulum dan aktiviti sosial juga mampu saya lakukan. Selain itu, saya juga mampu untuk membahagikan tugas diantara waktu kuliah dan hal di luar kelas. Saya juga mempunyai kelebihan untuk berunding dengan orang seperti contoh antara berunding untuk mendapatkan harga yang terbaik bagi servis yang terbaik. 

Saya percaya bahawa tidak ada sesuatu perkara itu mudah tanpa cabaran yang perlu dilalui. Cabaran itulah yang membuatkan saya belajar daripada pengalaman. Antara cabaran yang tidak dapat dilupakan adalah sewaktu hari kejadian dimana berpuluh-puluh pelajar meminta untuk menukarkan nama mereka ke senarai bas lain, ada juga yang ingin bertolak bersama rakan menaiki kenderaan sendiri. Selain daripada itu, tekanan daripada pemandu bas yang ingin bertolak namun berikutan sesetengah pelajar yang tidak memberi kerjasama perjalanan terpaksa ditangguhkan. Namun cabaran yang diterima membuatkan saya belajar sesuatu yang baru dan ini menjadi suatu kelebihan kepada saya untuk memnyertai aktiviti yang lain. Melalui pemikiran yang kreatif dan keupayaan untuk menangani masalah dengan tenang, membuatkan masalah dapat diselesaikan dengan betul. Sesetengah individu mempunyai masalah gelisah menangani masalah dan menyebabkan tindakan yang diambil adalah terburu-buru dan salah. Kelebihan saya juga untuk mendepani masalah dengan tenang antara penyelesaian masalah yang terbaik.

 

photo6289498126729456146.jpg