Huawei Connected Campus 2020 (Career Talk, Business And Hr Insights) - Sc /
Career Development

Mini Report : Saya turut serta dalam program ini adalah untuk  mengetahui lebih info tentang karier yang ditawarkan dan pengalaman yang bakal ditimba sekiranya berminat untuk turut serta dalam syarikat ini.Saya juga mahu luaskan lebih banyak network sebagai persiapan diri sebelum menceburi mana mana pekerjaan dalam bidang yang saya pelajari hari ini. Saya dapatai bahawa syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang besar dan berkembang maju .Jadi saya ingin mengenali syarikat ini dengan lebih banyak informasi .

Syarikat ini juga membuka peluang pekerjaan yang banyak bagi menarik lebih ramai graduan universiti untuk membantu graduan univerisiti mencari pekerjaan.Saya juga ingin mengetahui apakah karier yang bersesuaian dengan bidang pelajaran yang saya ambil pada masa kini .Saya ingin mengetahui adakah kos pembelajaran yang saya ambil pada masa kini boleh dijadikan fokus dalam syarikat ini. "Founder-founder" banyak memberikan informasi dan tips tentang syarikat ini dan semestinya mahu menjadikan mereka sebagai inspirasi dan contoh untuk terus bersemangat mengecapi cita -cita kerjaya saya.

 

 

Short Reflection : Saya mendapati bahawa syarikat ini mempunyai potensi yang sangat besar dalam membina teknologi yang sangat canggih di masa akan datang.Terdapat juga pekerjaan yang ditawarkan di bawah bidang saya iaitu sains komputer (kejuruteraan perisian).Banyak juga informasi dan perkara lain yang menarik dalam pelaksanaan  syarikat ini untuk mengembangkan lebih maju teknologi ini di masa akan datang.Ramai orang menyedari teknologi ini sangat penting untuk kita pada masa akan datang .Kami juga tidak ketinggalan dari mengetahui isu  dan perkembangan teknologi pada masa kini ,dan akan datang .

Ternyata ramai yang suka untuk terlibat dalam menceburkan diri dalam syarikat yang berteknologi canggih ini.Namun cabaran yang bakal dihadapi berkemungkinannya adalah peluang pekerjaan akan datang menjadi rebutan .Oleh itu sangat penting untuk kami mengetahui lebih banyak "network" dijadikan sebagai persediaan peluang pekerjaan selepas menjadi graduan universiti.

Maka pentingnya untuk mengumpul lebih banyak informasi daripada penglibatan diri ke dalam program seperti ini supaya dapat dijadikan persediaan diri kelak.