Ktdi Sports And E-Games (Ktdi Sega) /
Sports

Mini Report : Saya melibatkan diri dalam program ini kerana pertamanya  saya suka melibatkan diri dalam sukan bola jaring.Pada masa itu juga KTDI menganjurkan pertandingan sport dan e-games dengan ganjaran kuota pengetua.Ini juga antara sebab untuk saya mengumpul kuota pengetua . Saya juga mempunyai rakan-rakan yang ramai untuk membina satu team bola jaring bagi menambahkan pengalaman dalam sukan ktdi ini.Kami ingin mengisi masa -masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah seperti latihan bola jaring untuk persiapan hari pertandingan bola jaring."Sports" adalah satu aktiviti yang aktif yang perlu disertai kerana pada umur sebgini "sports " sangat penting untuk memastikan diri semakin cerdas dan aktif di samping belajar.Program ini dianjurkan dalam 2-3 hari .Bermacam sukan diadakan antaranya bdminton, basketball, ping - pong serta permainan e- games yang kini popular sehingga menjadi sebuah sukan terkemuka di peringkat antaranbangsa. Sukan yang dianjurkan mengharapkan supaya saya lebih aktif dan giat untuk melibatkan diri lagi dalam aktiviti sebegini selepas ini. 

 

 

 

 

Self Reflection :

Saya mendapati bahawa sukan sangat penting untuk setiap pelajar bag memastikan badan sentiasa sihat dan cergas kerana daripada badan yang cergas akn menghasilkan otak yang cerdas dan jauh daripada stress.Penglibatan diri dalam sukan sangat penting bagi memastikan keseimbangan jadual dalam aktiviti seharian di samping meluangkan masa yang banyak untu belajar . Bermacam sukan diadakan bukan sekadar outdoor games malah juga turut ada sukan "indoor" games .Melibatkan diri dalam program atau aktiviti "sports" akan membuatkan badan lebih aktif dan membina satu team yang mengeratkan hubungan antara satu sama lain.Hal ini penting kerana ia dapat mempraktikkan diri pelajar lebih sosial untuk berinteraksi antara satu sama lain.Namun masih lagi terdapat segelintir pelajar yang tidak aktif kerana risau akan ketidakseimbangan dalam pelajaran namun sebenarnya pelajar akan lebih aktif sekiranya pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan .