Resak Islamic Daya(REID)

Maklumat : Satu Program yang dianjurkan untuk muslim terutamanya dengan mengadakan banyak pertandingan seperti nasyid,mengadakan forum, persembahan artis islamik, tilawah al quran dan larian sambil amal.Terdapat juga gerai-gerai kecil yang menjual makanan dan barang -barang lain.

Tarikh:12/3/2020

Tempat :Kolej Tun Dr. Ismail

Penganjur:Jawatankuasa Mahasiswa (JKM) KTDI

Jawatan : AJK Pendaftaran

 

Leadership & Teamworking skills.

1. Mini Report :

Antara sebab - sebab saya terlibat dalam program adalah kerana pertamanya saya mahukan program atau majlis yang mendekatkan diri dengan agama supaya dapat menerapkan kepentingan islam dalam diri kita sebagai satu tambahan ilmu akhirat di samping hal - hal duniawi yang pasti tidak kekal. Saya ingin mengetahui selok belok pengurusan program supaya di masa akan datang saya lebih tahu untuk mengendalikannya dan membantu orang lain untuk lebih cekap bekerja.Saya juga mahu melatih diri menjadi seorang yang professional di samping menjadi seorang pelajar saya juga dapat belajar tentang ilmu lain.Selain itu , saya juga seorang yang suka berinteraksi dengan orang lain untuk mengembangkan 'network' lebih luas. 

"Leadership & teamworking skills" adalah salah satu perkara yang saya mahu asah supaya saya tahu bagaimana hendak mengendalikan kerja secara berkumpulan.Saya ingin belajar bahawa dalam satu kumpulan ,ianya sangat memainkan peranan penting untuk kita bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.Saya juga ingin belajar cara pengendalian dalam setiap pembahagaian kerja yang efektif supaya tidak mengambil masa yang lama dan tidak mencetuskan masalah kepada kerja lain.

 

2. Self Reflection :

Ia juga melatih diri saya untuk mengendalikan sebaiknya dengan cara yang berbeza iaitu menekankan manfaat yang dapat diberikan kepada orang lain juga.Sebagai ajk pendaftaran yang disandang saya juga belajar bagaimana hendak berurusan dengan peserta supaya tidak berlaku perselisihan.Saya juga belajar bagaimana hendak menyusun sebilangan jumlah besar peserta supaya lebih teratur.Dalam pada masa yang sama , saya juga belajar untuk bekerjasama dalam kumpulan dan berbincang antara satu sama lain tentang solusi jika terdapat masalah berlaku.Apabila program tersebut berlangsung, saya perlu memastikan majlis atau program tersebut bergerak dengan lancar mengikut flow yang telah dirancang sebelum majlis.

Meskipun program ini hanya berlansung selama satu hari daripada tiga hari yang sepatutnya kerana isu yang melanda di seluruh dunia iaitu covid-19 tetapi saya juga telah banyak belajar persediaan sebelum majlis berlangsung di mana setiap ajk memerlukan antara satu sama lain dan bersedia untuk membantu ajk di pihak lain sekiranya terdapat masalah .Ianya memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan program berjalan dengan lancar.