MAJLIS PENGENALAN KELAB (MAPEK)

Maklumat Ringkas: Pihak JKM KTDI memperkenalkan kelab- kelab yang berada di di UTM untuk pelajar - pelajar baru.

Tarikh: 25 September 2018

Tempat: Dewan Seri Resak (DSR)

Penganjur: Kolej Tun Dr. Ismail

Jawatan: Peserta

Graduate Attribute - Communication Skills

Mini Report

Program ini dianjurkan oleh Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) untuk pelajar-pelajar yang baru berdaftar di UTM untuk sesi 2018/2019. Program ini diadakan pada 25 September 2018. Program yang dianjurkan ini, bertujuan untuk memperkenalkan para pelajar baru dengan kelab - kelab aktif yang berada di UTM dengan harapan pelajar baru dapat menyeimbangkan antara aktiviti akademik dan kurikulum mereka.   

Self Reflection

Untuk program ini, saya dapati terdapat banyak kelab- kelab yang boleh disertai oleh saya di dalam UTM. Dengan adanya kelab-kelab ini, ia dapat membantu saya dalam memperbaiki kemahiran berkomunikasi dengan lebih baik bersama pelajar-pelajar lain. Selain itu, saya dapat memperluaskan rangkaian persahabatan di dalam kelab yang saya sertai dan memperbanyakkan pengalaman saya sepanjang berada di UTM dengan menyertai kelab dan aktiviti yang dianjurkan oleh mereka.