IFFAN RYHANA BINTI HASNAN @ YUS's Reflection /
INDUSTRIAL TALK - INTERNATIONAL BUSINESS & GLOBALIZATION

Pada hari Rabu (18/12/2019), terdapat satu sesi ‘Talk’ mengenai ‘Sharing Session Logistic Industry (International Business)’ yang telah disampaikan oleh Cik Siti Aisyah Binti Abdul Razak. Beliau merupakan alumni UTM yang baru sahaja menerima segulung ijazah baru-baru ini dan telah bekerja di syarikat DHL, Taman Sutera selama satu tahun serta telah menjalani latihan industri disana selama 9 bulan. Beliau bertugas dibahagian ‘distributor’ didalam pengangkutan udara (Airfreight) dimana ia melibatkan pengiriman dan pemindahan barang melalui pengangkutan udara. Menurut beliau, terdapat 2 jenis pengangkutan udara yang digunakan, antaranya adalah ‘Freight (kargo)’ dan ‘Passenger’ serta terdapat 3 jenis barangan yang akan dibawa iaitu ‘Food goods’, ‘Normal goods’ dan ‘Dangerous goods’.

     Sepanjang sesi ini berlangsung, terdapat beberapa aktiviti yang telah dijalankan. Antaranya adalah belajar untuk mengisi borang HAWB. Di dalam borang tersebut, setiap pelajar diarahkan untuk mengisi bahagian yang mudah dan diketahui terlebih dulu dalam beberapa minit serta mengisinya berpandukan contoh invois yang telah diberi. Di dalam invois tersebut, terdapat beberapa maklumat yang penting dan perlu digunakan untuk menjalankan penghantaran barangan dengan menggunakan pengangkutan udara. Oleh itu, ia telah terbukti bahawa invois dan borang HAWB memainkan peranan yang sangat penting dalam menjayakan sesuatu penghantaran barangan.

     Dengan adanya sesi seperti ini, ia banyak mendedahkan mengenai sesuatu ilmu pengetahuan yang baru, berharga dan bermakna serta yang boleh diguna pakai oleh para pelajar. Selain itu, sesi yang dijalankan ini juga memberikan banyak gambaran mengenai isu-isu industri logistik yang berkaitan.

     Kesimpulannya, sesi ‘Talk’ ini amat membantu dalam meningkatkan aspek pengetahuan dan pengalaman saya dan para pelajar yang lain. Semoga dengan adanya sesi yang bermakna ini, para pelajar dapat menerapkan dan mengaplikasikannya sewaktu masuk ke dunia pekerjaan serta dapat meningkatkan industri logistik negara dimata dunia kelak.