Pada mulanya, saya ingat subjek ini adalah tentang sains dan teknologi, di mana sains boleh digunakan untuk membantu manusia dalam teknologi. Walau bagaimanapun, saya agak terkejut apabila saya lihat pada skrin dan nampak nota yang mengandungi topik-topik mengenai agama. Saya sangat risau bahawa saya tidak dapat memahami apa yang diajar. Tetapi, saya masih berusaha untuk memahami subjek ini.