NUR ANIS AQILAH BINTI ZAMANI's Reflection /
Pemikiran Sains dan Teknologi

Pada pendapat saya pemikiran sains dan teknologi adalah pandangan tentang ilmu sains dan pekembangan ilmu tersebut melalui teknologi. Jika ditafsirkan satu persatu pemikiran bermaksud cara atau hal memikirkan sesuatu, manakala sains adalah cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kenyataan semata-mata dan teknologi bermaksud ilmu tentang mencipta barang barang dalam perusahaan. Selain itu, kata sinonim bagi pemikiran adalah  pendapat, pandangan, ideologi dan falsafah. Di sini kita dapat lihat hubung kait pemikiran sains dan teknologi. Secara umumnya pemikiran sains dan teknologi mempunyai definisi yang berbeza beza yang mana telah dipengaruhi pelbagai faktor seperti budaya, agama dan sosial.