NUR MAISARAH AZIZUL's Reflection /
TANGGAPAN PERTAMA SAYA TERHADAP KURSUS PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI

                Saya beranggapan bahawa subjek ini merupakan sebuah subjek menarik yang mengajar saya mengenai asal usul atau lahirnya pemikiran atau idea-idea mengenai sains and teknologi. Saya juga beranggapan bahawa subjek ini merupakan subjek yang membenarkan pelajar-pelajar untuk mempelajari dengan lebih mendalam mengenai perkembangan sains dan teknologi dari zaman dahulu hingga kini.

            Pada pendapat saya, relevansi mata pelajaran ini dengan bidang pengajian yang saya sedang pelajari sangat relevan. Ini kerana, bidang yang saya sedang pelajari adalah Kejuruteraan Kimia yang melibatkan revolusinasi dalam teknologi dan sains. Oleh itu, mempelajari mengenai pemikiran sains dan teknologi ini sangatlah sesuai untuk dipraktikkan dalam bidang yang saya pelajari ini.

            Jangkaan manfaat yang akan saya perolehi dari subjek ini adalah dapat mempelajari ilmu sains dan teknologi secara mendalam, yang merangkumi aspek jasmani dan rohani seperti hubungan manusia dan agama, kepentingan system nilai dan etika serta peranan sains dan teknologi dalam kehidupan. Saya juga berharap dapat memahami sains dan teknologi dari segi Islam dengan lebih mendalam.

            Saya akan memberikan sepenuh komitmen terhadap subjek ini terutama sekali dalam menyiapkan segala tugasan, mempelajari ilmu dengan ikhlas dan mengamalkannya di dalam aktiviti harian saya.