Science & Technology Thinking /
End of Semester Reflection

Antara refleksi yang dapat didapati oleh saya pada hujung semester ini ialah, saya dapat mengetahui tentang pemikiran sains dan teknologi yang sudah bermula tahun sebelum masihi lagi. Hal ini, sudah terang lagi bersuluh bahawa perkembangan sains dan teknologi ini amat membantu kehidupan manusia daripada zaman dahulu sehingga kini. Perpindahan ilmu daripada tamadun barat ke tamadun islam adalah antara peristiwa yang harus difahami oleh semua mahasiswa-mahasiswa. Ini kerana perpindahan ilmu yang berlaku merupakan peristiwa penting yang meyebabkan berkembangnya sains dan teknologi sehingga zaman kini. 

Selain itu, saya juga dapat mengetahui bagaimana perkembangan sains dan teknologi ini dapat membantu kehidupan seharian manusia. Dengan adanya tokoh-tokoh yang melalukan "Research & Development" demi memudahkan tugas tugas harian manusia dapat dijalankan dengan lebih mudah. Sebagai contoh, Penyelidikan pada zaman tamadun islam, dimana tokoh-tokoh seperti Al-Razi yang telah memperkenalkan kaedah saintifik melalui pemerhatian yang masih diguna pakai sehingga zaman kini. Cara kaedah saintifik seperti kaedah eksperimen, kaedah diagnosis, kaedah ujikaji dan kaedah saintifik yang diperkenalkan sewaktu zaman pemikiran saintifik muslim masih lagi diguna pakai sehingga kini. Usaha- usaha tokoh-tokoh terdahalu dengan matlamat ingin mengembangkan pemikiran sains dan teknologi ternyata berhasil. Hal ini kerana, sistem menciduk ilmu dan menguna pakai semula telah digunakan seperti pada zaman golden age zaman barat, dimana mereka telah menciduk ilmu-ilmu yang terdahulu untuk memajukan tamadun mereka tersendiri.

Di samping itu, saya juga dapat mengetahui bahawa sains dan teknologi merupakan antara subjek yang amat penting diambil oleh para mahasiswa UTM. Hal ini kerana, kebanyakan mahasiswa pada zaman kita hanya fokus untuk memajukan sains dan teknologi pada zaman kini sehingga terlupa pada nilai yang sepatutnya ada khususnya kepada para jurutera. Kita dapat melihat bahawa terdapat segelintir manusia yang telah salah menggunakan ilmu sains dan teknologi. Mereka telah mencipta alatan-alatan yang bakal menbawa kepada peperangan seperti senjata nuklear yang sudah terbukti bahawa ciptaannya itu hanya membawa kepada peperangan antara negara. Namun begitu, meskipun alatan dan teknologi sebegitu rupa telah dicipta, ianya terletak kepada sikap manusia itu tersendiri untuk mengawal teknologi tersebut. Meskipun alatan sebegitu wujud, tetapi manusia pada zamun itu dapat mengekalkan etika yang sepatutnya ada didalam diri mereka, maka peperangan serta konflik antara negara dapat dielakkan.

Akhir sekali, saya juga dapat mempelajari untuk membentuk etika sebagai persiapan awal agar perkara-perkara yang tidak diingini seperti penciptaan-penciptaan teknologi yang mempunyai sifat sifat keganasan yang melampau seperti yang ditunjukkan oleh pensyarah kami iaitu Dr.Wan Hassan Bin Wan Embong, dimana beliau telah mempamerkan video dimana jurutera pada zaman kini telah memciptakan teknologi Artificial Intelligence, dimana ia menggunakan teknologi “Face Recognition” untuk menghapuskan manusia yang diburunya. Sekiranya hal ini berterusan, kita bakal menghadapi dunia yang tidak aman dan harmoni. Pada pendapat saya, subjek ini merupakan subjek yang wajib diambil agar perkara seperti peperangan dapat dielakkan pada masa akan datang.

Akhir kata, saya ingin memberi penghargaan kepada Dr.Wan Hassan Bin Wan Embong kerana telah mengubah persepsi saya. Pada pendapat saya, tiada gunanya sekiranya seseorang itu mampu mencipta pelbagai teknologi yang amat moden tetapi tidak mempunyai etika apabila mencipta teknologi tersebut. Kesimpulannya, semua pekerjaan khususnya bidang komputeraan perlulah mempunyai nilai dan etika yang baik agar unsur keganansan dapat dielakkan.