Dinamika Malaysia /
Refleksi Dinamika Malaysia

Bagi saya, kursus ini telah banyak mengajar saya pelbagai aspek yang berkaitan dengan negara Malaysia. Pendekatan yang diambil seperti melalui kaedah ilmu sains sosial yang berdasarkan ilmu sejarah, sosiologi, sains politik dan hubungan antarabangsa diteroka sehabis mungkin bagi menjelaskan dinamika sebuah negara-bangsa bernama Malaysia. Ia mendidik saya untuk menjadi seorang yang patriotik yang mampu memberi kerjasama dalam usaha negara membina negara-bangsa Malaysia yang maju, merdeka, dan berdaulat