Refleksi Keseluruhan Semester
Refleksi Keseluruhan Semester 1
Pada awalnya, tanggapan saya terhadap kursus Pemikiran Sains dan Teknologi adalah kursus ini membincangkan tentang aliran pemikiran yang mempunyai hubungkait antara manusia dengan agama , nilai -nilai murni atau sistem etika dari aspek percakapan dan perbuatan dalam kehidupan seharian serta pekembangan teknologi dan sains daripada zaman dahulu hingga ke zaman kini dimana teknologi di luar sempadan. Ilmu pengetahuan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan manusia dan teknologi pada hari ini. Nilai-nilai murni dalam kehidupan amat penting untuk melakukan proses transformasi kepada negara agar setaraf dengan negara-negara maju yang lain. Generasi yang beretika dan kritis dapat menjana hasil yang efektif kepada negara sejajar dengan perkembangan industri 4.0.
Antara pelbagai manfaat yang diperoleh daripada kursus Pemikiran Sains dan Teknologi ini adalah untuk melahirkan kesarjanaan dan kemahiran berfikir melalui tugasan yang diberikan di dalam kuliah. Sistem nilai dapat diamalkan berdasarkan tugasan yang diberikan secara individu mahupun berkumpulan. Antaranya, ia dapat memupuk sikap berdikari dalam mencari maklumat, dapat melahirkan sinergi dan semangat kekitaan dalam kumpulan.Selain itu, perkembangan pemikiran dapat dilaksanakan dengan pertukaran pendapat dalam kalangan ahli kumpulan.Kursus ini juga mengajar saya tentang bagaimana manusia menggunakan akal ciptaan tuhan dengan begitu kritis sehingga mampu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dengan pelbagai ciptaan dan inovasi.
Kursus ini menyumbang terhadap perkembangan pemikiran dalam kalangan masyarakat dan sekali gus memberi impak yang positif kepada perkembangan transformasi negara.Harapan saya adalah supaya kursus ini dapat dikekalkan terhadap generasi akan datang supaya mereka dapat didedahkan lagi dengan sistem nilai dan agama yang harus diamalkan serta dapat meluaskan lagi pengetahuan agar dapat membentuk sebuah generasi kelas pertama.