NUR MINHALINA BINTI ABDUL RAZAK's Reflection /
Refleksi keseluruhan semester bagi kursus Dinamika Malaysia

     Pada awalnya,pelbagai persoalan bermain di fikiran saya , apakah sebenarnya kursus Dinamika Malaysia ini? Mengapa ia perlu dipelajari oleh pelajar-pelajar universiti? Tetapi selepas melakukan sedikit carian di internet , ternyata Dinamika Malaysia merupakah sebuah kursus dimana ia menerangkan tentang perubahan sosial masyarakat dan politik di negara Malaysia. Di dalam kursus ini, sejarah negara memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk masyarakat dinamika yang terdiri daripada pelbagai etnik yang berbilang kaum pada hari ini.

   Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan semasa proses pembelajaran seperti pembentangan kumpulan, kuiz berbentuk game dan juga pengisian-pengisian yang membina daripada pensyarah kami iaitu, Dr Fadilah. Beliau sering mengingatkan kepada pelajarnya supaya mengekalkan perpaduan antara kaum yang telah kita kecapi selama berpuluh-puluh tahun ini. Pergolakan dan pergaduhan antara kaum tidak akan membawa apa-apa keuntungan kepada negara ini. Justeru itu, pelajar-pelajar tidak boleh mensia-siakan hasil pengorbanan nenek moyang yang telah membawa keamanan dan keharmonian negara.

    Dalam konteks politik negara, beliau telah memberi pendedahan dan perbandingan tentang struktur pentadbiran negara pada era penjajahan British dan pada masa kini. Semasa British menjajah, pentadbiran Tanah Melayu dimonopoli oleh golongan mereka dan menyebabkan kuasa pembesar Melayu terhad, tetapi kini, pemimpin-pemimpin terdiri daripada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Oleh itu, kemajuan dan keamanan negara itu bergantung kepada pemimpin itu sendiri. Sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk mengekalkan kesejahteraan dan membangunkan negara demi memacu masa hadapan yang lebih cerah.