Science & Technology Thinking /
Reflection Mid Semester

            Pada pendapat saya, kurus ini akan memberi impak yang besar kepada golongan-golongan mahasiswa dan mahasiswi untuk lebih cenderung terhadap isu isu dalam negara kita. Kursus ini juga mengajar kita untuk menerap semangat cinta akan negara setelah sekian lama kita dijajah oleh kuasa luar. Kursus ini amatlah relevan dengan bidang pengajian kerana ia juga dapat mengasah kemahiran kemahiran yang diperlukan sebagai persedaan untuk alam pekerjaan pada masa akan datang.Kursus ini juga berkait dengan pengajian kerana ia berkaitan dengan pemikiran yg perlu kita pupuk sebagai persiapan menghadapi era yang maju dengan teknologi. Manfaat yang kita boleh kita dapat adalah, kita dapat mempelajari semula kesilapan kesilapan yang telah dilakukan oleh para tokoh-tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan negara kita. Kita juga dapat memupuk kemahiran untuk berfikir secara kritis dan inovatif. Sumbangan kursus ini kepada pelajar adalah, kita dapat mengenali serta tahu sejarah tentang negara kita, iaitu negara Malaysia. Selain itu, kita juga dapat mempelajari nilai nilai yang diperlukan sebagai persediaan untuk menghadapi kehidupan bekerja.