Refleksi Keseluruhan dan Program Care 4D Orphans
Pada 28 November 2019, UHMS seksyen 20 telah mengadakan program Care 4D Orphans dengan membuat lawatan ke rumah anak yatim dan anak anak miskin di Rumah Anak Yatim Raudhatul Maryam. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi peluang kepada anak anak yang kurang bernasib baik tersebut mendapatkan kasih sayang serta memberi sumbangan kepada rumah anak yatim tersebut. Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada pelajar pelajar UHMS seksyen 20 untuk berinteraksi serta berpeluang untuk merasai suasana di Rumah Anak Yatim Raudhatul Maryam tersebut. Hal ini kerana, kami sekelas yang berjumlah 37 orang ingin mempelajari dan mendapatkan sesuatu yang baru selepas berkorban masa dan tenaga demi melancarkan program ini bersama. Oleh itu, setiap aktiviti yang dibuat semasa program berkenaan sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada anak anak yatim tersebut dengan harapan meraka akan dapat memanfaatkan ilmu yang hendak disampaikan oleh kami sekelas.
Antara aktiviti yang dibuat sewaktu hari kejadian ialah, aktiviti membina blok. Aktiviti ini menguji kemahiran berfikir yang perlu dipupuk sejak usia yang muda lagi terutamanya dikalangan anak anak yatim tersebut. Peserta-peserta perlu memilih blok yang telah disimpan di dalam dua kotak yang berlainan saiz. Hal ini kerana, aktiviti ini ingin memberikan pengajaran yang amat penting kepada anak anak yatim tersebut dengan tidak beranggapan bahawa kotak yang besar mempunya lebih banyak blok berbanding kotak yang kecik. Secara tidak langsung, kami ingin memberi input yang bahawa latar belakang seseorang tidak menentukan masa depan mereka. Tidak semestinya mereka yang anak yatim tidak berpeluang untuk berjaya dalam hidup mereka. Setiap insan di dunia ini diberikan peluang untuk berjaya dalam hidup mereka. Oleh itu, kami ingin meyedarkan mereka bahawa perjuangan mereka untuk berjaya mestilah bermula sejak usia yang muda lagi agar mereka tidak menyesal pada masa akan datang.
Seterusnya, aktiviti kedua yang dibuat ialah masalah menyelesaikan puzzle di dalam kumpulan. Aktivit ini memerlukan semua ahli kumpulan untuk berusaha serta berganding bahu untuk meyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Kami ingin menekankan bahawa tidak semua masalah yang dihadapi oleh seseorang individu perlu diselesaikan sendiri. Kadangkala, kita perlua meminta bantuan daripada orang lain kerana kita bukanlah manusia yang sempurna. Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini mempunyai kelebihan masing masing. Oleh itu, janganlah kita malu untuk meminta bantuan daripada orang yang lebih mengetahui, seperti pepatah “malu bertanya sesat jalan”.
Selain itu, aktiviti seterusnya yang dijalankan pada hari kejadian ialah aktiviti Focus Jump. Aktiviti memerlukan anak anak yatim tersebut untuk mendengar arahan yang diberikan. Disiplin merupakan perkara yang penting yang perlu diterapkan di kalangan anak anak yatim ini. Hal ini kerana disiplin dapat membentuk mereka untuk menjadi insan yang lebih menghormati orang lain meskipun tahap pembelajaran mereka tidaklah begitu tinggi, namun disiplin adalah nilai yang amat penting dipupuk sebelum merekah memasuki alam pekerjaan.
Aktiviti yang keempat yang dijalan semasa aktiviti explorace pada hari kejadian adalah aktiviti bercakap benar. Matlamat aktiviti ini adalah menggalakkan anak anak yatim tersebut untuk bercakap benar dan menerapkan nilai kejujuran dikalangan mereka. Hal ini kerana nilai tersebut amatlah penting. Sejujurnya, nilai kejujuran dikalangan masyarakat Malaysia juga sudah makin berkurangan. Oleh itu, dengan menggunakan idealogi bercakap benar, mereka sekumpulan akan dapat meraih kemenangan sekiranya mereka semua jujur dikalangan mereka.
Aktiviti yang kelima ialah aktiviti jalan kebenaran. Aktiviti ini memerlukan mereka untuk memilih antara 2 jalan yang disediakan. Jalan yang pertama ialah jalan lurus dan pendek tetapi dugaan yang ditempuh lebih mencabar dibandingkan dengan jalan kedua yang berselekoh dan Panjang. Disini, kami ingin memberi pengajaran kepada mereka bahawa tidak semesti jalan yang pendek itu senang ditempuh berbanding jalan yang berliku-liku yang cabarannya jauh lebih senang berbanding jalan yang lurus.
Akhir sekali, aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti barang amanah. Stesen ini memerlukan mereka untuk menjaga barang amanah mereka yang diberi sebelum bermulanya aktiviti explorace. Nilai-nilai ini amat penting diterapkan di dalam kehidupan mereka kerana kita harus menjaga amanah yang diberi oleh orang lain dengan baik terutamanya sewaktu alam pekerjaan mereka nanti.
Kesimpulannya, kami amat bersyukur program ini berjalan dengan lancar. Meskipun tidak semua input yang diberi dapat diserap oleh mereka. Namun, sebahagian daripada input yang diberi itu dapat dipelajari oleh mereka dan kami berharap nilai-nilai tersebut dapat digunakan sehingga ke peringkat alam pekerjaan mereka pada masa akan datang.
Saya ingin mengambil peluang ini untuk memberi refleksi tentang subjek yang diambil oleh saya iaitu UHMS, dinamika Malaysia. Sejujurnya, Subjek ini telah memberi banyak impak yang besar kepada saya. Antaranya ialah pengetahuan am tentang budaya sosial dikalangan masyarakat Malaysia dapat diketahui oleh saya. Selain itu, saya juga dapat mengetahui lebih mendalam mengenai dasar-dasar ekonomi negara yang diguna pakai dari zaman kemerdekaan sehingga kini. Seterusnya, subjek ini juga banyak mendidik saya untuk menjadi seseorang yang berfikiran terbuka. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada En.Hassan bin Hushin kerana telah berjaya menukarkan cara pemikiran saya kepada individu yang lebih terbuka untuk menerima nasihat serta baik dan buruk sesuatu benda mengenai diri saya sendiri.
Akhir kata, saya berasa bersyukur kerana dapat menyertai dinamika Malaysia seksyen 20 kerana terlalu banyak input yang diterima oleh saya dapat digunakan pada masa akan datang terutamanya sewaktu alam pekerjaan saya pada masa akan dating.