Refleksi Rahmatan Lil’alamin
Rahmatan lil ‘alamin yang bermaksud Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW itu merupakan satu rahmat kepada seluruh makhluk di alam ini. Ungkapan ini telah disebut dalam Surah al-Anbiya ayat 107. Ini sudah terbukti bahawa ajaran Nabi Muhammad itu dianggap sebagai hidayah, kebaikan dan keadilannya yang menrangkumi dan mencapai seluruh alam tanpa ada insan yang terkecuali. Golongan muslim serta yang bukan muslim termaksud juga tumbuh-tumbuhan, haiwan dan segalanya terangkum dalam rahmat yang dibawa oleh Islam. Ungkapan rahmatan lil ‘alamin merupakan ungkapan yang menjunjung maksud yang Allah mahukan daripada kehidupan insan-insan di alam ini yang bersifat adil dan ihsan.
Rahmatan Lil’alamin ini membawa maksud bahawa, kita sesama umat islam mahupun bukan Islam tidak seharusnya saling membenci antara satu sama lain, malah kita harus memelihara silathurahim antara sesama manusia mahupun semua makhluk di dalam dunia ini. Konsep ini ditekan kepada semua umat Islam mahupun bukan Islam. Hal ini kerana konsep ini membawa kefahaman bahawa semua perbuatan insan di alam ini memberi rahmat kepada semua insan yang lain di dunia ini. Setiap perbuatan tidak kira yang baik mahupun yang jahat memberi rahmat kepada insan-insan lain.
Selain itu, Gagasan Rahmatan Lil’alamin ini perlu diterapkan di dalam diri semua rakyat Malaysia. Hal ini kerana, sudah terang lagi bersuluh bahawa gagasan ini menekankan nilai nilai yang penting demi mengekalkan perpaduan antara kaum di negara Malaysia. Sebagai contoh, Ustaz Ali menerangkan bahawa gagasan ini sudah terbukti mengakrabkan lagi silathurahim antara jiran tetangga. Sikap serta nilai tolenransi yang dipupuk melalui gagasan ini memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan suasana berjiran akan lebih harmoni apabila semua orang saling hormat-menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira kaum mahupun agama. Gagasan ini ditekankan bertujuan untuk mengatasi masalah perpecahan dalam masyarakat, fenomena dakwah yang bersifat keras dan kasar, masalah negara islam utopia, fenomena anti kepelbagaian serta megubah tanggapan serta pendangan bahawa islam yang dilihat sebagai jumud mahupun konservatif.
Gagasan rahmatan Lil’alamin juga menekankan konsep rahmah terhadap golongan orang bujang, kepada orang yang bersalah, masyarakat serta rahmah terhadap kaum yang bukan Islam. Gagasan ini dibina berpandukan kitab suci Islam iaitu Al-Quran yang menerapkan pelbagai nilai nilai serta amalan yang perlu dilakukan oleh orang Islam mahupun kaum yang bukan Islam.
Pada pendapat saya, Gagasan ini amatlah penting bagi memantapkan lagi perpaduan antara kaum ni Malaysia. Selain tu, Gagasan ini juga membawa nilai kelembutan dalam kehidupan seharian. Meskipun masyarakat melakukan perbuatan yang kurang meyenangkan, Perbuatannya sepatutnya dibalas dengan kelembutan dan bukannya dengan kekerasan. Hal ini kerana nilai-nilai yang diterapkan dalam kalangan umat Islam adalah sifat kelembutan seperti Nabi Muhammad SAW yang menegur para sahabatnya dengan sifat yang lemah lembut dan bukannya dengan kekerasan.
Kesimpulannya, gagasan Rahmatan Lil’Alamin adalah objektif utama ajaran Islam. Malaysia yang bermodelkan Malaysia baharu ini diharapkan menjadi contoh kepada negara-negara Islam diseluruh dunia dan seluruh negara-negara yang bukan islam juga. Hal ini kerana keunikan Malaysia yang terdiri dengan pelbagai kaum yang mampu memelihara perpaduan serta keharmonian yang dipupuk sejak kemerdekaan negara yang telah diperjuangkan oleh tokoh tokoh yang bertumpahkan darah mereka demi memastikan generasi kini dapat hidup tanpa dijajah oleh negara luar.