Reflections /
Refleksi Pemikiran Sains & Teknologi (UHIT2302-35)

            Tanggapan saya terhadap kursus Pemikiran Sains dari sudut kandungan utama boleh dikatakan dari segi kepentingan hubungan sains dan teknologi dalam kehidupan seharian yang memerlukan pemikiran yang rasional dan baik untuk masa hadapan yang lebih maju. Dari sudut relevansi dengan bidang pengajian pula, saya merasakan bahawa kursus ini sangat relevan kerana perlu menepati jati diri seorang pelajar yang hendak belajar bidang berkenaa untuk menyumbang kebaikan demi negara. Saya jangkakan manfaat yang boleh didapati dari kursus ini adalah dapat membuka minda kita untuk mengguna sains dan teknologi ke arah kebaikan. Akhir sekali, dari sudut komitmen dan sumbangan. Pada pandangan saya, dengan pemikiran dan niat yang baik, produck akan menjadi lebih berkualiti dan menepati kriteria yang diingini. Kita akan mempunyai komitmen yang tinggi akibat dari itu.

            Setelah mempelajari dan mendalami isi-isi yang terdapat dalam kursus Pemikiran Sains untuk satu semester, saya dapat simpulkan bahawa kursus tersebut sangat berguna demi menjadi seorang manusia yang berguna. Apatah lagi kita sebagai seorang yang akan mengendali teknologi pada masa hadapan, kita harus mempunya etika dan nilai-nilai murni dalam diri agar tidak berlakunya penyalahgunaan kuasa atau penyalahgunaan teknologi yang boleh memudaratkan atau mengancam keselamatan orang ramai. Teknologi seharusnya digunakan untuk memberi kesenangan kepada orang ramai. Walaubagaimanapun, masih terdapat ancaman-ancaman yang dilakukan untuk kepuasan diri sendiri. Perkara itu salah sama sekali dan menyebabkan etika-etika mengendalikan sains dan teknologi patut ditanam dalam diri sejak kecil. Kursus ini telah membuka mata dan minda saya untuk berfikir dari persepsi yang berbeza serta untuk mengasah minda yang mementingkan kebaikan masyarakat. Saya telah lihat bagaimana pemikiran manusia berkembang dari suatu zaman ke suatu zaman yang lain. Di situ, lihatnya pemikiran mereka semakin matang dan moden. Walaupun pemikiran semakin matang, terdapat juga konflik yang mereka hadapi dan dari situ, kita boleh ambil pengajaran. Pada masa hadapan, kita mungkin akan menghadapi cabaran kerana pemikiran manusia yang kian berkembang. Oleh itu, pentingnya kursus ini untuk menanam sifat dan nilai yang murni demi menjadi seorang yang berguna dan berakhlak.