Pada 21 Disember yang lalu, program Hari Terakhir Latihan telah dijalankan di Dewan Merdeka, Kolej Rahman Putra. Program ini merupakan program terakhir sebelum bermulanya peperiksaan akhir semester 1 sesi 2019/2020. Pada hari tersebut, latihan silat dimulakan seperti biasa. Ahli-ahli silat yang berlatih di Kolej Tunku Canselor(KTC) turut bersama-sama berada di KRP untuk menghadiri program tersebut. Setelah itu, kami berkumpul di Dewan Merdeka untuk memulakan program tersebut. Program dimulakn dengan bacaan doa dan ucapan daripada presiden kelab.
Kemudian, persembahan demo telah diadakan daripada ahli-ahli silat. Video montaj telah ditayangkan dimana video tersebut mengenai program yang telah diadakan sepanjang semester ini oleh persatuan silat cekak Pusaka Hanafi. Majlis diakhiri dengan makan petang bersama-sama.