Iftar 3in1 KTDI 2019

Date: 16 Disember 2019

Time: 6.30 pm - 8.45 pm

Venue: Surau MA3 KTDI

Kelab Iqra UTM dengan kerjasama KTDI dan Kelab Gen-i telah mengadakan iftar 3in1 iaitu iftar, tazkirah dan solat hajat. Tujuan program ini dijalankan sebagai satu ibadah kepada umat Islam untuk berpuasa sunat pada hari Isnin. Selain itu, solat hajat dilakukan untuk menghadapi peperiksaan akhir pada bulan Januari 2020. Satu ceramah telah diadakan dengan tajuk 'Muslimkah aku?' untuk memberi kesedaran kepada orang Islam sama ada kita benar-benar menjadi orang Islam atau hanya Islam pada nama. 

iftar.jpg