Kami telah diberi tugasan oleh pensyarah Dinamika Malaysia, Encik Hassan bin Hushin, untuk menjalankan satu projek yang melibatkan semua pelajar dalam kelas ini. Kami telah berbincang dan mencapai kata sepakat untuk menjalankan satu projek bersama anak-anak yatim. Setiap pelajar telah diberikan tugas masing-masing untuk menjayakan projek ini. Pada 28 November 2019, kami telah menjalankan beberapa aktiviti sepanjang projek tersebut. Antaranya ialah ice breaking, explorace, gotong-royong, makan, sesi perkongsian, penyampaian sumbangan dan sesi bergambar.
Dalam aktiviti explorace, terdapat 5 stesen yang mana setiap stesen menjalankan permainan yang berbeza. Stesen pertama bernama Coin Collector, stesen kedua bernama Block Building, stesen ketiga bernama Focus Jump, stesen keempat bernama Tell the Truth dan stesen kelima bernama Jalan Kebenaran. Setiap permainan ini mempunyai input. Input bagi permainan di stesen pertama ialah latar belakang seseorang tidak melambangkan masa depan sesesorang. Input bagi permainan di stesen kedua ialah tidak semua masalah boleh diselesaikan sendiri, kita perlu berani meminta tolong orang lain. Input bagi permainan di stesen ketiga ialah disiplin diri dalam mendengar arahan yang diberikan. Input bagi permainan di stesen keempat ialah, kejujuran seseorang dalam menyampaikan maklumat. Input bagi permainan di stesen kelima ialah, tidak bertindak melulu dalam melakukan pemilihan. Tidak semestinya jalan yang kelihatan mudah adalah senang, kadang-kala, jalan yang kelihatan sukar dan berliku adalah lebih senang. Bagi permainan menjaga barang amanah, inputnya ialah tanggungjawab dalam menjaga barang yang diamanahkan.
Setelah selesai aktiviti explorace, gotong-royong dijalankan bagi mengemas semula kawasan yang telah digunakan. Kemudian, kami semua berkumpul untuk mendengar perkongsian oleh anak-anak yatim tentang aktiviti explorace. Seterusnya, penyampaian sumbangan kepada pengetua dan anak-anak yatim Raudhatul Maryam oleh Encik Hassan dan wakil dari kelas kami. Kami juga bergambar bersama. Akhir sekali, kami makan bersama-sama.