Pada 15 Disember 2019, ujian silat peringkat asas dan jatuh telah diadakan di Dewan Merdeka, Kolej Rahman Putra bagi menguji sejauh mana pencapaian kami dalam latihan silat selama ini. Walupun telah menghadiri latihan setiap minggu, namun rasa cuak tetap ada memandangkan ini merupakan ujian pertama silat saya.
Sebelum memulakan ujian, kami memulakan aktiviti biasa seperti memanaskan badan dan membuat latihan serta kaki. Kemudian, kami melancarkan kaedah-kaedah dan buah silat dengan kemas untuk menghadapi ujian nanti. Setelah itu, kami diberi penerangan tentang perjalanan ujian itu dan apa yang harus dilakukan.
Setibanya gilran saya untuk melakukan ujian tersebut, saya boleh melakukan setiap buah dengan baik kecuali Buah Lintau. Saya hampir terlupa kaedah tersebut tetapi mampu untuk membetulkan keadaan. Minuman petang telah disediakan bagi mereka yang telah selesai ujian tersebut.
Setelah semua ahli selesai melakukan ujian, kami diminta berkumpul untuk menyerahkan sijil kepada mereka yang lulus. Sebelum itu, kami dinasihatkan oleh tenaga pengajar supaya terus memahirkan diri dalam latihan ini untuk memudahkan pengajaran di peringkat seterusnya. Akhirnya, saya berjaya mendapatkan sekeping sijil yang menyatakan bahawa saya lulus dalam ujian tersebut! Kini saya perlu memahirkan diri dalam silat asas ini sebelum menyambung ke peringkat jatuh.