UICL 2302 PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebelum pembelajaran ini bermula, apa yang saya fikirkan ialah mengenai pembelajaran teknologi dan sains pada zaman dahulu. Perkembangan dalam teknologi dan sains pada zaman sekarang adalah hasil pada zaman dahulu. Kemudahan yang kita ada sekarang bukan satu benda yang memudahkan untuk zaman dahulu. Jadi apa yang saya fikirkan ialah subjek ini penting untuk saya dalam mengetahui dengan lebih mendalam mengenai antara teknologi yang digunakan pada zaman dahulu untuk saya sebagai pelajar pemasaran dapat mencari idea baru dalam mereka bentuk teknologi yang lebih memudahkan manusia pada masa kini. 

Sejujurnya, apa yang saya fikirkan sama seperti apa yang yang diajar oleh pensyarah, bagaimana sejarah teknologi dan sains ini berkembang bermula dari zaman pengenalan sehingga pada zaman kejatuhan. Namun di sebalik perkembangan dan kejatuhan era teknologi dan sains ini, saya dapat mengetahui lagi bahawa antara tokoh-tokoh yang ada pada zaman dahulu semuanya merupakan tokoh-tokoh cerdik pandai yang sememangnya dianugerahkan kepandaian dalam mencipta teknologi dan sains dalam perkembangan moden hidup manusia. 

Antara manfaat yang saya terima sepanjang pembelajaran ini, ingin saya tekankan bahawa belajar itu bukan mudah, namun sekiranya fokus dalam kelas dan mendengar dengan teliti setiap hujahan pensyarah pastinya membuahkan hasil untuk saya sebagai seorang pelajar. Manfaatnya dari segi ilmu pengetahuan kita boleh dapat dengan cepat, pensyarah mempunyai banyak idea dan cerita untuk dikongsikan bersama. Saya merasakan bahawa kenyataan yang dikeluarkan adalah satu ilmu yang berharga buat saya. Seterusnya, manfaat dari segi nilai positif yang saya dapat daripada pembelajaran ini dimana, teknologi dan sains itu penting dalam memudahkan urusan setiap manusia pada zaman dahulu sehingga zaman sekarang dan bukan mudah untuk mencipta teknologi baru yang semakin berkembang. Akhir sekali, saya sebagai pelajar pastinya mahu subjek ini diteruskan di masa hadapan untuk memberikan lagi info penting mengenai tokoh-tokoh mahupun sumbangan mereka pada manusia. 

Terima Kasih.