Sepanjang kelas dinamika, saya telah belajar beberapa nilai2 murni ataupun pengajaran yang boleh dijadikan panduan hidup saya. Saya bersyukur kerana diberi pensyarah seperti Dr Haswadi Hassan yang tidak pernah putus berusaha mendidik saya dan rakan-rakan sekelas sehingga faham. Dr juga menceritakan kisah2 terdahulu agar saya dapat membandingkan perubahan yang telah berlaku sehingga sekarang. Disitu, saya belajar tentang perkara-perkara yang tidak patut kita ulangi kerana ianya kelak membawa binasa. Sebagai contoh, pada bab 7 iaitu perkembangan politik di Malaysia, saya dapat melihat bahawa tiada perpaduan di kalangan masyarakat tanah melayu pada ketika itu. Melayu,india dan cina semuanya berjuang atas kaum sendiri dan bukannya atas nama tanah yang tercinta iaitu tanah melayu pada ketika itu. Disebabkan itu, kita susah mendapat mendapat kemerdekaan kerana kekurangan satu suara dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kita haruslah berganding bahu dan mempercayai antara satu sama lain dalam mempertahankan kedaulatan negara kerana jika tidak kita, siapa lagi yang mahu mempertahankan negara merdeka yang telah dicapai oleh nenek-moyang kita terdahulu.
Selain itu, saya juga belajar bahawa kita haruslah sentiasa berfikiran pro-aktif dalam melakukan sesuatu. Hal ini penting kerana untuk bergerak maju kehadapan kita perlu berfikiran lebih kritis agar objektif yang hendak dicapai, tercapai. Di sini kita oleh lihat contohnya di bab 9 iaitu pembagunan ekonomi di Malaysia, dimana dasar2 ekonomi telah ditubuhkan sebagai panduan kepada negara kita untuk memajukan ekonomi. Walaubagaimanapun, dasar2 yang ditubuhkan hanya mencapai sedikit sahaja objektifnya dan bukan kesemuanya. Antara objekif yang hendak dicapai oleh pemimipin terdahulu ialah mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini. Objektif ini masih lagi tidak tercapai walaupun sudah hampir 40 tahun dasar telah ditubuh dan digubal dari tahun ke tahun. Ini menunjukkan, kita memerlukan dasar yang diubah dari hari ke hari mengikut persekitaraan dunia agar negara kita sejajar dengannya.
Antaranya lagi, saya belajar bahawa keutuhan jati diri dan pembagunan sosial itu penting dalam pembagunan sesebuah negara. Hal ini kerana perpaduan yang utuh dapat memajukan negara dengan lebih efisien dan pantas. Antara nilai yang ditekankan dalam subjek dinamika iaitu pada bab ke 8, dimana kerajaan telah menekakan pembagunan falsafah negara, amalan penghayatan terhadap rukun negara, menjunjung tinggi budaya ilmu, nilai-nilai moral dan integriti. Pekara-pekara atau nilai sebegini penting kerana kita hidup dalam masyarakat majmuk di mana terdapat beberapa bangsa iaitu melayu,india dan cina. Ini belum termasuk semenanjung Malaysia, dia mana lebih banyak lagi etnik di sana. Jadi untuk mengelak perbalahan antara satu sama lain, perkara ini perlu ditekan agar peristiwa 13 mei tidak berlaku kembali. Kita semua sedia maklum bagaimana rosaknya negara pada ketika itu hanya kerana pergaduhan antara satu sama lain. Oleh itu, kita haruslah memakmurkan pepaduan yang sedia ada agar negara maju.
Selain subjek dinamika, saya juga telah menyertai beberapa program. Anataranya ialah program “4D Orphan”. Setelah menyertai program “4D Orphan” pada 28th November 2019, saya telah mendapat beberapa nilai dan pengalaman yang boleh dijadikan pengajaran dalam hidup saya. Antaranya, saya belajar bahawa terdapat orang yang lebih susah daripada saya. Pada awalnya, saya selalu berfikir bahawa saya orang yang susah kerana bapa saya tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Jadi, saya terpaksa membanting tulang mencari duit untuk membeli barang2 keperluan saya dengan niat tidak mahu menyusahkan bapa saya. Akan tetapi, pada hari tersebut, mata saya telah terbuka melihat anak2 yatim yang lebih susah daripada saya. Mereka yang tiada ibubapa terpaksa berharap kepada penjaga anak yatim untuk menjaga keperluan mereka. Mereka juga tidak berpeluang seperti saya untuk mencari rezeki dengan sendiri kerana tiada bimbingan daripada orang yang sepatutnya. Oleh itu, saya sedar bahawa kita haruslah sentiasa bermuhasabah diri apabila ditimpa musibah kerana ada orang lebih susah daripada kita.
Seterusnya, saya telah belajar untuk memupuk semangat prihatin dalam diri pelajar untuk membantu golongan yang memerlukan. Hal ini penting dalam diri masing2 kerana jika tidak kita, siapa lagi yang mahu menolong orang2 yang berada dalam kesusahan. Lagipun, ianya satu perbuatan yang murni dan nescaya Allah akan membalas dengan ganjaran yang berlipat ganda.
Akhir sekali, saya telah mempelejari untuk bersyukur kerana masih lagi mempunyai ibu bapa saya yang tidak pernah putus memberikan kasih sayang kepada saya. Anak-anak yatim disana tidak bernasib baik kerana telah kehilangan ibu bapa ataupun dibuang keluarga sejak kecil lagi. Jadi mereka, tidak dapat merasa seperti apa yang saya rasa. Oleh itu, kita haruslah sentiasa menyangi ibu bapa kita kerana tidak semua orang diberikan peluang seperti itu.