Reflection on program "Rahmatul Lil 'Alamin"

Daripada Ceramah Rahmatan Lil’ Alamin yang saya pergi pada 21 novermber 2019 di Masjid Sultan Ismail, terdapat beberapa perkara yang saya telah belajar, antaranya ialah saya belajar bahawa Rahmatan Lil ‘Alamin merupakan gagasan yang paling utama di dalam islam. Hal ini penting kerana kasih sayang merupakan satu aspek yang perlu dititiberatkan dalam mencapai keamanan negara dan masyarakat. Allah S.W.T juga tidak melarang kita dari berbuat baik kepada sesiapa sahaja termasuk orang bukan islam dengan syarat mereka tidak mengancam keselematan negara kita. Selain itu, saya juga belajar bahawa Allah lebih sayang kepada umatnya berbanding ibu menyangi kita. Kita semua sedia tahu bagaimana ibu menyangi anakya tidak kira anaknya seorang yang soleh ataupun jahat. Jika kita melakukan kesalahan, ibu sentiasa memaafi kita dengan harapan kita belajar dari kesilapan, Begitu juga Allah S.W. T yang sentiasa memaafi umatya tidak kira berapa banyak dosa yang telah dilakukan. Oleh itu, kita haruslah sentiasa mencari keredhaan dan keampunan dariNya selalu agar kita sentiasa dirahmati olehNya. Seterusnya, saya belajar beberapa sifat yang diamalkan dalam gagasan Rahmatan Lil’ Alamin dan antaranya ialah tidak mengarapakan apa balasan apabila melakukan kebaikan. Hal ini kerana apabila seseorang itu membantu orang lain dengan niat ingin memantu nescaya Allah akan balas dengan ganjaran yang berlipat ganda. Oleh itu, Kita haruslah membantu orang yang berada di dalam keadaan susah tanpa mengira agama dan bangsa agar kita sentiasa direstui olehNya dan juga dapat menjaga nama baik islam. Selain berbuat baik kepada orang, kita juga haruslah mepunyai sifat tidak membalas dendam. Hal ini selari dengan gagasan Rahmatan Lil’Alamin yang melarang melakukan apa2 jenis balasan kerana berdendam dengan sesorang. Walaupun kita mempunyai peluang, kita tidak boleh membalas dendam kerana perkara itu merupakan sesuatu perkara yang tidak baik dan mampu mebawa kita ke jalan hidup yang kurang menyenangkan pada masa hadapan kita. Sebaliknya, kita harus percaya bahawa Allah itu adil dalam semua perkara. Akhir sekali, saya belajar bahawa Rahmatul Lil’ Alamin dari segi islam bermaksud rahmat kepada suluruh alam iaitu Nabi Muhammad S.A.W sebagai utusan kepada umat islam. Beliau bukan sahaja utusan kepada umat islam tetapi juga kepada seluruh umat manusia dan makhluk sebagai khalifah di muka bumi ini.