Subjek Pemikiran Sains dan Teknologi telah memberikan pelbagai input yang positif. Pada permulaannya, saya menyangkakan bahawa subjek ini hanya menyentuh kepada cara manusia di dunia ini berfikir dalam memajukan sains teknologi. Tetapi subjek ini sebenarnya telah memberikan tunjuk ajar cara-cara untuk menginsankan teknologi yang kita cipta. Setiap ciptaan perlulah memberikan kebaikan kepada masyarakat dan diri sendiri, tidak menghilangkan sifat-sifat kemanusiaan dan yang paling utama sekali adalah ciptaan kita mestilah berlandaskan agama kita.
Selain itu, saya juga dapat mempelajari pelbagai kaedah pemikiran yang telah digunakan oleh manusia merentasi dunia. Apa yang saya dapati,kaedah pemikiran juga dapat memberi impak kepada penciptaan sesuatu teknologi tersebut.
Konklusinya, subjek ini telah menjadikan saya lebih teliti dan peka dalam penghasilan sesuatu teknologi dan menjadikan saya lebih matang untuk menentukan sesuatu keputusan.