NADIAH BINTI MOHD HANIM's Reflection / NADIAH BINTI MOHD HANIM's Reflection /
Lawatan ke Raudhatul Maryam

Kami telah diberi tugasan oleh pensyarah Dinamika Malaysia, Encik Hassan bin Hushin, untuk menjalankan satu projek yang melibatkan semua pelajar dalam kelas ini. Kami telah berbincang dan mencapai kata sepakat untuk menjalankan satu projek bersama anak-anak yatim. Setiap pelajar telah diberikan tugas masing-masing untuk menjayakan projek ini. Pada 28 November 2019, kami telah menjalankan beberapa aktiviti sepanjang projek tersebut. Antaranya ialah ice breaking, explorace, gotong-royong, makan, sesi perkongsian, penyampaian sumbangan dan sesi bergambar.

Dalam sesi ice breaking, anak-anak yatim bermain satu permainan seperti musical chair untuk memanaskan badan sebelum melakukan aktiviti explorace. Anak-anak yatim tersebut dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada 4-5 orang setiap kumpulan. Anak-anak yatim tersebut juga dapat berkenalan dengan fasi-fasi. Fasi-fasi menerangkan tentang aktiviti explorace secara terperinci kepada anak-anak yatim tersebut. Barang amanah iaitu dua biji belon yang berisi air diberikan kepada setiap kumpulan untuk mereka jaga sehingga habis aktiviti explorace tersebut.

Dalam aktiviti explorace, terdapat 5 stesen yang mana setiap stesen menjalankan permainan yang berbeza. Stesen pertama bernama Coin Collector, stesen kedua bernama Block Building, stesen ketiga bernama Focus Jump, stesen keempat bernama Tell the Truth dan stesen kelima bernama Jalan Kebenaran. Setiap permainan ini mempunyai input. Input bagi permainan di stesen pertama ialah latar belakang seseorang tidak melambangkan masa depan sesesorang. Input bagi permainan di stesen kedua ialah tidak semua masalah boleh diselesaikan sendiri, kita perlu berani meminta tolong orang lain. Input bagi permainan di stesen ketiga ialah disiplin diri dalam mendengar arahan yang diberikan. Input bagi permainan di stesen keempat ialah, kejujuran seseorang dalam menyampaikan maklumat. Input bagi permainan di stesen kelima ialah, tidak bertindak melulu dalam melakukan pemilihan. Tidak semestinya jalan yang kelihatan mudah adalah senang, kadang-kala, jalan yang kelihatan sukar dan berliku adalah lebih senang. Bagi permainan menjaga barang amanah, inputnya ialah tanggungjawab dalam menjaga barang yang diamanahkan.

WhatsApp Image 2019-12-16 at 14.32.26.jpegWhatsApp Image 2019-12-16 at 14.32.26 (1).jpegWhatsApp Image 2019-12-16 at 14.32.26 (2).jpegWhatsApp Image 2019-12-16 at 14.32.27.jpeg

Setelah selesai aktiviti explorace, gotong-royong dijalankan bagi mengemas semula kawasan yang telah digunakan. Kemudian, kami semua berkumpul untuk mendengar perkongsian oleh anak-anak yatim tentang aktiviti explorace. Seterusnya, penyampaian sumbangan kepada pengetua dan anak-anak yatim Raudhatul Maryam oleh Encik Hassan dan wakil dari kelas kami. Kami juga bergambar bersama. Akhir sekali, kami makan bersama-sama.

WhatsApp Image 2019-12-16 at 14.35.46 (1).jpegWhatsApp Image 2019-12-16 at 14.35.46.jpeg

Berdasarkan program ini, kami memperolehi banyak pengajaran dan input yang berguna kepada kami. Program ini melibatkan lawatan ke rumah anak-anak yatim dan melalui program ini, kami dapat mengenali dengan lebih dekat kehidupan anak-anak yatim. Kita dapat mengetahui bagaimana kehidupan mereka walaupun tanpa keluarga tersayang. Kita seharusnya bersyukur kerana masih mempunyai kedua ibu bapa yang mengasihi kita dan janganlah kita melawan kata mereka sebelum kita menyesal. Kehidupan mereka juga telah menjadi inspirasi kepada kami supaya tidak mudah berputus asa walaupun menghadapi banyak cabaran dan dugaan dalam hidup.

Selain itu, kami mendapat kesedaran bahawa ramai lagi golongan yang kurang bernasib baik dan perlu diberi perhatian. Hal ini kerana terdapat segelintir di antara kita mengeluh terhadap hal yang remeh temeh seperti iri hati apabila melihat rakan membeli telefon baru. Walhal, ramai lagi yang kekurangan keperluan hidup seperti makan dan pendidikan. Oleh itu kita haruslah sedar dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sebelum kita juga merasai apa yang mereka rasa.

Pelaksanaan program ini juga telah memupuk sifat kemanusian dalam diri masyarakat dengan pemberian sumbangan ikhlas untuk mereka. Sumbangan ini telah diperlukan bagi membantu anak-anak yatim mendapatkan keperluan yang mencukupi dan sedikit sebanyak membantu pengurus Raudhatul Maryam dari segi kewangan. Berdasarkan kutipan yang diperolehi daripada pelajar, staf universiti dan orang awam, kami memperolehi kutipan sumbangan sebanyak RM1541.00 untuk diserahkan kepada pengurus rumah anak-anak yatim tersebut. Hal ini menunjukkan terdapat masyarakat yang ikhlas untuk menolong mereka melalui bantuan ini. Progam ini telah banyak memberi kami pengajaran dan input yang berguna untuk menjadikan kami manusia yang berguna dan memberi manfaat kepada orang lain. Kerjasama yang baik amat diperlukan daripada ahli kumpulan untuk menjayakan program ini untuk memastikan program tersebut berjalan dengan lancar.