REFLEKSI

Revolusi Industri 4.0

       Revolusi Industri sebenarnya telah dimulai dengan revolusi indusi pertama. Revolusi Perindustrian Pertama berlaku dari abad ke-18 hingga ke-19 di Eropah dan Amerika Utara. Ia adalah tempoh apabila kebanyakan pertanian, masyarakat luar bandar menjadi industri dan bandar. Industri besi dan tekstil, bersama-sama dengan pembangunan enjin stim, memainkan peranan utama dalam Revolusi Perindustrian. Seterusnya Revolusi Perindustrian Kedua berlaku antara 1870 dan 1914. Ia merupakan tempoh pertumbuhan bagi industri yang sedia ada dan pengembangan yang baru, seperti keluli, minyak dan elektrik, dan menggunakan kuasa elektrik untuk menghasilkan pengeluaran besar-besaran. Kemajuan teknologi utama dalam tempoh ini termasuk telefon, mentol lampu, fonograf dan enjin pembakaran dalaman. Revolusi Industri terus berkembang pesat dengan tercetusnya Revolusi Industri yang ketiga. Revolusi Perindustrian Ketiga, atau Revolusi Digital, merujuk kepada kemajuan teknologi dari peranti elektronik dan mekanikal analog ke teknologi digital yang terdapat pada hari ini. Kemajuan semasa Revolusi Perindustrian Ketiga termasuklah komputer peribadi, internet, dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).  Di era ini bermula Revolusi Industri yang ke 4 yang menekankan penggunaan automasi, analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, artificial intelligence, penggunaan robotic, cloud, Internet of Things (IoT), dan perkara yang seumpamanya.

                                                     revolusi-industri-4.0 (1).png

 

             Menjelang 2019, Malaysia antara negara yang sedang bergerak ke hadapan dalam perkembangan Revolusi 4.0. Terdapat pelbagai komen-komen mengatakan bahawa akan memberi impak  dalam aspek pendapatan dan jurang kekayaan antara penduduk merentasi benua, kelas, gender dan bidang pekerjaan selain terhakisnya nilai-nilai kemanusiaan dan keadilan. Walaubagaimanapun, perkara ini sebenarnya bukan satu perkara yang membimbangkan kerana IR 4.0 memerlukan ramai pekerja yang berpengetahuan  dalam industri. Beberapa skill yang relevan dalam IR 4.0 antaranya ialah:

Screenshot (22).png

 

          Artificial Intelligence(AI) atau juga merupakan salah satu aspek penting dalam IR 4.0. Pelbagai bidang atau aplikasi telah menggunakan AI antaranya ialah Netflix. AI dapat membantu industri untuk bekerja atau berfikir seakan-akan manusia. AI juga penting dalam bidang kesihatan, pertanian dan lain-lain. Dalam bidang pertanian, AI digunakan untuk menuai sayur-sayuran atau buah-buahan. Perkara ini dapat memudahkan dan juga dapat menjimatkan masa.

           Konklusinya, Revolusi Industri 4.0 memberikan pelbagai impak postif kepada manusia dan juga dalam pertumbuhan negara. Rakyat Malaysia sepatutnya lebih peka dan juga berganding bahu untuk bersama-sama menjayakan IR 4.0 bagi meletakkan kita setaraf dengan negara-negara maju yang lain seperti Amerika Syarikat dan China.