Malaysian Dynamic /
Refleksi terhadap laporan tentang individu berpengaruh dalam bidang IT

Kita mestilah mempunyai semangat cinta akan negara sendiri yang tinggi. Contohnya beliau mengatakan bahawa walaupun beliau menetap di Taiwan untuk 16 tahun yang lalu tetapi beliau masih ingat akan tempat lahirnya. Beliau menyatakan bahawa beliau meminati makanan di Malaysia. Seterusnya beliau menyatakan bahawa beliau berbangga menjadi rakyat Malaysia dan menganggap Taiwan ialah rumah keduanya.Semangat patriotik yang ditunjukkan oleh presiden ,pengasas syarikat Phison itu perlu diteledani oleh seluruh rakyat Malaysia. Penerapan nilai murni islam iaitu bekerjasama juga dapat diteledani daripada individu ini apabila beliau bekerjasama dengan rakannya untuk membangunkan syarikat Phison sehingga berjaya mencipta pembaca kad 5 dalam 1 pertama di dunia. Oleh itu kita mestilah sentiasa bekerjasama tidak kira masyarakat islam dan masyarakat bukan beragama islam bagi membangunkan negara yang aman dan makmur.