Pemikiran Sains & Teknologi

i. Apa yang ada fikirkan mengenai subjek ini sebelum pembelajaran.

  • Sebelum mempelajari subjek ini, saya akan mempelajari perbezaan pemikiran manusia terhadap sains adan teknologi serta bagaimana sains bermula dan berkembang dari semasa ke semasa. Selain itu, saya juga didedahkan oleh pelajar yang telah mengambil subjek ini, mengenai mempelajari perkembangan manusia.

 

ii. Adakah ia sama dengan apa yang anda fikirkan tersebut selepas melalui pembelajaran subjek ini.

  • Secara tidak langsung, apa yang saya fikirkan dapat membantu saya untuk mendapat imu pengetahuan mengenai pemikiran sains dan teknologi pada zaman dahulu, bagaimana ditemui dan dikaji oleh tokoh-tokoh terkenal seperti Al-Razi, Ibn Khaldun, Al-Khawarizmi, Ibnu Sina. 
  • Selain itu, apa yang dihebahkan oleh pelajar lain, tidak termasuk dalam pemikiran manusia tetapi lebih kepada teknologi terkini seperti pengklonan, perpindahan rahim,

 

iii. Apakah manfaat yang anda dapat dari subjek ini.

  • Saya dapat mempelajari ilmu baru berkaitan pemikiran sains dan teknologi, ia bergantung kepada manusia sama ada menggunakan sains dan teknologi yang semakin canggih dengan cara baik atau buruk
  • Pemikiran sains dan teknologi sangat berkait rapat dengan, saya sebagai pelajar untuk sentiasa menggunakan teknologi untuk proses pembelajaran.
  • Secara tidak langsung subjek ini dapat membuat pelajar berfikir dengan lebih mendalam lagi dalam perkembangan sains dan teknologi yang banyak membantu pembentukan tamadun manusia menyeluruhnya.