Malaysian Dinamic Reflection: Wacana Negara Rahmah Pencetus Ummah

Wacana Negara Rahmah Ummah Sejahtera

Pensyarah Dinamika Malaysia, Encik Hassan bin Husyin, telah mengarahkan kami untuk menghadiri ceramah yang bertajuk Negara Rahmah Ummah Sejahtera yang disampaikan oleh Pegawai Khas YB Menteri Agama, Ustaz Ali bin Muda. Ceramah ini dianjurkan oleh Pusat Islam UTM Johor dengan kerjasama Yadim. Ceramah ini diadakan pada 21 November 2019 bermula jam 8.15 pagi sehingga jam 10 pagi yang bertempat di Masjid Sultan Ismail, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

            Banyak pengajaran yang telah saya perolehi dengan menghadiri ceramah ini. Tajuk tersebut amat relevan dengan masyarakat di negara kita kerana negara kita terdiri dengan masyarakat yang, pelbagai kaum, agama dan budaya. Ustaz ada mengatakan, maksud rahmah ialah sayang, santun, belas kasihan dan ambil berat. Allah maha pemurah kerana memberikan nikmat kepada semua manusia tidak megira agama. Allah melarang kita daripada bersifat zalim antara sesama makhluk di muka bumi ini. Kita perlu mencontohi sifat rahmah dengan tidak hanya melalui percakapan malah perbuatan.

            Suami isteri perlulah saling bantu-membantu dengan tidak membebankan sebelah pihak dalam menguruskan hal rumahtangga. Kesannya, sesuatu keluarga itu akan mempunyai nilai kasih sayang yang tinggi dalam hubungan kekeluargaan. Kita sebagai manusia perlulah bersifat rahmah kepada semua manusia dengan tidak menyindir dan berburuk sangka kepada sesiapa. Kita perlulah hormat-menghormati sesama manusia. Kita juga perlulah bertanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar. Kita perlu buat sesuatu kebaikan tanpa mengharapkan balasan. Lakukan dengan hati yang ikhlas. Jangan gunakan nama Islam untuk mempertahankan diri dalam perbuatan yang salah. Kita juga perlulah mematuhi masa.

           Akhir kata,  Gagasan ‘rahmatan lil alamin’ adalah satu pendekatan besar yang dibawa oleh pihak kerajaan ke arah melahirkan sebuah negara ‘rahmah’. Setiap individu perlulah memainka peranan masing-masing dengan mengamalkan sifat-sifat rahmah agar kita dapat hidup bermasyarakat dalam keadaan yang aman sejahtera.