Reflection (Dinamika Malaysia)
Tanggapan saya terhadap kursus ini dari segi kandungan utama ialah subjek ini menceritakan tentang sejarah perkembangan dan pembangunan negara Malaysia dari pelbagai aspek seperti sosial,ekonomi dan politik.
Saya berasa subjek ini sangat relevan dengan bidang pengajian saya iaitu Sains Komputer kerana perkembangan ekonomi dan sosial di Malaysia sedikit sebanyak telah meyumbang kepada perkembangan bidang Teknologi Maklumat di negara kita. Tanpa perkembangan ini, bidang teknologi maklumat dan komputer mungkin tidak sepesat sekarang.
Seterusnya, dari subjek ini, manfaat yang saya dapat ialah saya akan lebih memahami sejarah perkembangan Malaysia dari pelbagai aspek. Seterusnya, saya dapat mempelajari daripada masa silam negara kita untuk terus membuat pembangunan dan penambahbaikan dalam bidang yang saya ceburi. Saya juga akan mendapat motivasi dan semangat untuk memajukan bangsa, agama dan negara dengan menggunakan ilmu saya perolehi dari peringkat ijazah sarjana muda.
Sumbangan subjek ini kepada diri saya ialah subjek ini memupuk skil penulisan akademik dan skil berkomunikasi. Saya dapat menghasilkan penulisan yang lebih berkualiti. Sumbangan subjek ini secara umum ialah ia akan melahirkan graduan-graduan yang memahami dan menghargai proses perkembangan negara Malaysia dan akan cuba membangunkan lagi negara kita supaya menjadi negara yang maju.