Dari segi kandungna utama kursus Pemikiran Sains dan Teknologi, tanggapan saya ialah kursus ini memainkan peranan yang signifikan untuk memajukan pemikiran manusia serta sains dan teknologi. Seterusnya, kursus ini juga menerangkan pekembangan ilmu sains dan teknologi dari zaman dahula sampai ke era globalisasi ini. Pada pandangan saya, seseorang haruslah berpegang teguh kepada agama masing-masing untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.
Kursus Pemikiran Sains dan Teknologi berkait rapat dengan bidang pengajian saya iaitu Data Kejuruteraan kerana bidang pengajian saya memerlukan ilmu tentang sains dan teknologi untuk saya aplisasikan dalam penyelesaian masalah yang berkaitan dengan pengaturcaraan, analisis dan sebagainya.
Saya berjangka bahawa kursus ini dapat melahirkan mahasiswa yang mempunyai nilai dan etika selepas memahami kepentingan kursus Pemikiran Sains dan Teknologi. Selain daripada itu, subjek ini berupaya memupuk mahasiswa supaya dapat menggunakan teknologi dengan berfikir secara kritikal dan rasional semasa menghadapi masalah yang serius.
Sumbangan sains dan teknologi ialah insan yang kreaktif dan inovatif dapat dilahirkan untuk mencipta sesuatu yang lebih mudah kepada pengguna untuk mengaksesnya. Implikasinya, tugasan-tugansa dapat diselesaikan secara efektif dan efisien. Selain itu, sains dan teknologi dapat memajukan sistem maklumat yang banyak digunakan oleh manusia tidak kira umur, bidang pekerjaan dan sebagainya dalam dunia ini.