Dari sudut kandungan utama, saya rasa kursus ini adalah tentang mempelajari ilmu sains dan teknologi dengan memikirkan soal etika. Kursus ini sangat relevan dengan bidang pengajian yang saya ceburi kerana bidang ini mempunyai peluang kerjaya yang luas di mana skop pekerjaan yang baik dapat dimanipulasi oleh manusia kepada buruk. Subjek ini bermanfaat kerana saya dapat meluaskan lagi pemikiran berasaskan sains dan teknologi dengan baik. Saya berharap dengan ilmu yang diperolehi, saya dapat menjadi graduan yang dapat membantu membangunkan negara.
Selepas selama satu semester menghadiri kelas ini, terdapat beberapa perkara yang saya belajar. Saya sedar bahawa masa depan dunia ini bergantung kepada cara manusia menggunakan sains dan teknologi ini. Seperti yang kita dapat lihat pada zaman Perang Dunia Pertama, seramai 40 juta orang terkorban manakala pada zaman Perang Dunia Kedua, seramai 85 juta manusia terbunuh. Penambahan jumlah yang terkorban ini berfaktorkan kemajuan sains dan teknologi. Dengan kemajuan tersebut, manusia dengan mudahnya menggunakannya untuk melakukan kemusnahan. Sekarang, terdapat beberapa negara yang telah menunjukkan teknologi senjata mereka dan menyebabkan negara lain terancam. Tiada saintis, tiadalah teknologi tersebut.
Selain itu, saya belajar tentang hubungan alam dan manusia. Pertambahan penduduk di muka bumi ini menyebabkan syarikat seperti syarikat pengeluar makanan menggunakan jalan pintas untuk mendapatkan keuntungan pada masa yang sama memuaskan ramai pelanggan. Namun begitu, jalan pintas yang banyak syarikat ini gunakan telah mencemarkan alam sekitar dan menjejaskan ekosistem bumi ini. Pada masa sekarang, mungkin kita tidak rasa implikasi perbuatan kita. Tetapi dalam sepuluh tahun yang akan datang, semua akan terkorban disebabkan ekosistem yang tidak seimbang.