Pemikiran Sains dan Teknologi

Refleksi Pemikiran Sains Teknologi

Refleksi Permulaan Semester

           Pemikiran sains teknologi amat penting buat setiap rakyat di sesebuah negara. Kandungan utama dlm kursus ini sudah jelas mampu melahirkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh di samping menjadi penunjuk arah buat memanfaatkan kemahiran-kemahiran tertentu buat masa depan kemajuan negara. Tidak dinafikan lagi bahawa kursus sains dan teknologi amat berkait rapat dengan bidang Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) di mana ia merupakan satu bimbingan dalam mempelajari kursus Sains Komputer dengan cara yang benar seterusnya menggunakannya dalam kehidupan harian tanpa sebarang penyalahgunaan ilmu. Hal ini kerana kewujudan kursus ini dapat melahirkan pemimpin yang semestinya setia untuk mencurahkan bakti kepada negara dengan penuh integriti. Salah satu manfaat mengikuti kutsus sains dan teknologi adalah para pelajar mampu menjadi seorang rakyat yang cinta akan negara seterusnya menggunakan segala ilmu dan kemahiran yang diperolehi untuk membalas jasa negara. Kemahiran dan jati diri dalam seseorang individu dapat menjadi salah satu asas penting untuk melahirkan rakyat yang menjalankan tanggungjawab kepada negara dengan penuh setia dan sanggup berkorban demi negara tercinta. 

 

Refleksi Pengakhiran Semester

          Pada pandangan saya, setelah mempejari kursus ini selama satu semester, kandungan bahan dan asas ilmu yang telah disusun dan diberikan kepada para pelajar amatlah releven dan sesuai dengan kehidupan pelajar dalam era globalisasi ini. Kandungan utama yang terdiri daripada 11 bab mampu memberi dorongan kepada para pelajar untuk menjadi seorang individual yang berwawasan tinggi dan berguna kepada negara tercinta.

         Kursus ini juga amat berkait rapat dengan saya dan para pelajar yang lain daripada bidang Komputer Sains Kejuruteraan Perisian. Bidang kami merupakan bidang yang berkait rapat dengan teknologi. Justeru, kursus ini amat releven dengan, pelajar Sains Komputer untuk membentuk kami menjadi seorang yang sentiasa prihatin akan keadaan semasa. Saya dan pelajar juga seharusnya mengambil pengajaran akan peristiwa yang belaku pada masa lalu.

         Oleh itu, kursus ini mampu membimbing kami dalam menjadi seorang inidividu yang bertanggungjawab dan berperikemanusiaan dalam apa jua keputusan yang kami ambil ketika sudah dewasa kelak. Ini kerana dengan adanya kursus ini, kami didedahkan dengan cabaran-cabaran yang kami akan hadapi pada masa hadapan malah diberikan juga cara dan solusi yang kami patut ambil bagi menyelesaikan cabaran tersebut.

         Akhir sekali, tidak dinafikan bahawa kursus ini mampu menjadi kami seorang individu yang tidak takut akan komitmen seterusnya dapat memberikan kami keupayaan untuk memberi sumbangan terhadap masyarakat dan negara. Kursus ini telah berjaya meningkatkan keyakinan saya untuk melakukan tanggungjawab saya. Bukan sahaja itu, komitmen yang dipegang seterusnya akan mampu mendatangkan hasil yang baik kepada saya dan orang lain.