Assalamualaikum... bermulanya perjuangan di awal semester untuk subjek ini setelah sekian lama tak bertemu dengan buku PCP. Pensyarah yang sama iaitu PM Dr Aznizam Abu Bakar, buku yang sama membuatkan saya dan kawan-kawan seronok untuk belajar. Kerisauan seperti dulu kembali terasa, dan pada kelas pertama PCP II ni saya dan kawan-kawan terlambat masuk kelas. Mula-mula buka pintu bilik N02 2-6, agak terkejut sebab semua dah ada dan sedikit cuak sebab teringat pesan dr. Aznizam "Punctuallity is most important for this class".
Terasa sangat bersalah sebab datang lambat, minta maaf sangat dr..
Setelah melalui sesi pengenalan yang agak panjang,kami memulakan sesi pembelajaran dengan proses Open and Closed System. Melalui permulaan itu, saya serba sedikit dapat ingat kembali pembelajaran subjek PCP dulu. Alhamdulillah masih ingat sikit-sikit. Dan setelah itu, kami sambung dengan Hypthetical Process Path Construction di mana kami perlu melukis jalan bagi sesuatu perubahan fasa seperti darri cecair ke gas, pepejal ke cecair dan sebagainya.
Dan seperti biasa, Dr. Aznizam terkenal dengan latihan yang banyak. Walaupun banyak tetapi saya yakin cara itu amat berkesan untuk mendidik kami semua untuk lebih memahami subjek tersebut.
Terima kasih banyak-banyak kat dr sebab sudi lagi mengajar kami semua untuk sem ini. Bagi saya, yang lepas biarlah lepas. Yang sekarang perlu berusaha menjadi yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat setempat. Oleh itu,
Comments
FAIZ ISMAIL
19 September 2012, 1:20 PM
Nanti update la setiap masa,,boleh jugak tahu perkembangan kelas DR Aznizam