PROGRAM ANAK ANGKAT DI PUCHONG

28-31 MARCH 2019 I PANGSAPURI 560,BANDAR BUKIT PUCHONG SELANGOR

 

Program ini merupakan program pemindahan teknologi,pengetahuan dan anak angkat selama 4 hari 3 malam di pangsapuri Puchong. Pada jam 9 malam kami bertolak dari UTM dan sampai sana pada jam 2 pagi . Program ini lebih kepada perkongsian maklumat dengan penduduk pangsapuri seperti bengkel hidroponik, gunting rambut, robotik, kem motivasi , kem bestari solat dan sebagainya. Program ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pelajar UTM dengan penduduk di sana serta memupukkan perasaan saling bekerjasama antara satu sama lain.

Daripada program ini, saya dapat menimba pengalaman yang beharga dengan orang luar serta warga UTM yang terlibat. Melalui program ini saya dapat lihat bahawa kesatuan dalam sesuatu penempatan sangat penting misalnya sama-sama menjaga kebersihan pangsapuri. Seterusnya, dapat meningkatkan kefasilitator diri saya misalnya dalam program kem bestari solat dan kem motivasi dapat meningkat keyakinan saya untuk berkomunikasi dengan orang ramai dan meningkatkan kepimpinan dalam diri.

     
  2.jpg3.jpg1.jpg