CSR

23 FEB I 8.00 AM - 1.00 PM I KAMPUNG SERINDIT, KOTA TINGGI, JOHOR.

 

Seawal 6.00 pagi kami bertolak dari UTM ke sana dengan menaiki bas UTM dan telah sampai agar-agar jam 8.00 pagi. Kami dilayan baik oleh penduduk sana dengan menyediakan segala kemudahan dan kelengkapan diri. Jam 8.30 pagi, kami mulakan aktiviti gotong-royong di beberapa kediaman warga emas yang terpilih dengan pembahagian kumpulan. Pembersihan rumah mereka mengambil masa 4 jam dengan setiap kumpulan dikehendaki membersihkan 2 buah rumah seperti membersihkan halaman , membersih tingkap, dan sebagainya . Selepas program bersurai, sebagai tanda perhargaan ketua kampung tersebut berbesar hati untuk membawa kami untuk menyemberangi sungai ke kampung sebelah dengan menaiki bot dan feri. Kami telah dibawa ke perkampungan pendalaman dan diberi peluang melakukan aktiviti sunnah seperti memanah dan berkuda. Pada 5.00 petang kami bertolak dari sana ke UTM.

Daripada program ini, saya dapat belajar untuk berkomunikasi dengan semua peringkat serta memberi keyakinan kepada diri sendiri untuk berhadapan dengan orang ramai. Selain itu, saya dapat berkenalan dengan orang ramai, cendiakiawan ada mengatakan merantaulah ke negeri orang dan cuba untuk kenal-mengenali orang sekitarnya. Jadi, melalui program ini saya mengambil peluang untuk melakukan aktiviti sukarelawan serta beramah mesra dengan orang ramai , jadi daripada sini dapat menambah kenalan. Akhir sekali, sentiasalah berbuat kepada orang ramai kerana ada pepatah mengatakan sekali kita berbuat baik kepada orang ramai,berkali-kali Allah balas kebaikan yang kita lakukan. Saya berharap ini bukan aktivti sukarelawan yang pertama danterakhir saya sertai.

 

photo_2019-05-06_23-34-09.jpg.1