Sebelum Aktiviti
Sebagai peserta, kita telah dibahagikan kepada 12 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 6 hingga 7 orang ahli kumpulan. Saya telah dibahagikan kepada kumpulan 2. Sebelum memulakan aktiviti, saya dan ahli kumpulan telah menganalisis 6 pantun yang dinyatakan dalam kertas untuk mencari stesen-stesen yang bertepatan. Ini mencabarkan minda saya kerana saya kurang memahami struktur pantun dan maksudnya. Selepas itu, kita telah membuat pertimbangan untuk memulakan misi dari stesen yang paling atas ke stesen yang paling bawah untuk mengelakkan orang ramai.
Semasa Aktiviti
- Stesen Pertama
Stesen ini memerlukan satu ahli untuk meletakkan kad manila di atas dahinya dan meneka perkataan yang diberi. Ahli kumpulan lain perlu menghuraikan perkataan itu dengan sebuah pantun. Ahli-ahli kumpulan saya yang mahir dengan pantun telah menciptakan beberapa pantun yang kreatif dan menepati dengan perkataan tersebut. Daripada permainan ini, saya dapat mempelajari bagaimana daya kreativiti dapat menyelesaikan sesuatu masalah.
- Stesen Kedua
Stesen ini memerlukan ahli kumpulan untuk meneka dan berlakon. Kita kena mencabut tema yang perlu diteka sebelum membahagikan tugas. Untuk kali pertama, kita telah gagal menjawab 10 soalan dalam masa yang ditetapkan. Namun, kita tidak berputus asa dan menyahut cabaran yang kedua. Kita telah saling menukarkan peranan. Akhirnya, kita gagal kedua-dua kali dalam stesen ini dan telah didenda oleh fasi, namun kita masih bersemangat tinggi untuk menjalankan permainan yang seterusnya.
- Stesen Ketiga
Stesen ini memerlukan kita menjawab soalan matematik yang susah. Kita telah bekerjasama untuk mencari jalan penyelesaian dan jawapan yang tepat bagi soalan matematik tersebut. Dengan kerjasama ahli kumpulan, kita telah menyelesaikan soalan matematik ini dengan masa yang singkat.
- Stesen Keempat
Dalam permainan di stesen ini, setiap ahli perlu membaling belon yang diisi dengan air ke arah 2 orang ahli kumpulan yang berperanan untuk menyahut belon itu dengan kain besar. Setiap belon yang pecah akan dikenakan denda selama dua minit. Saya telah berperanan untuk menyahut belon dalam permainan ini. Akhirnya, kita telah didenda untuk singgah di stesen ini selama 10 minit. Kita sanggup menerima hakikat bahawa strategi kita dalam permainan ini kurang efisien dan belajar daripada kesilapan.
- Stesen Kelima
Stesen ini memerlukan seorang ahli kumpulan untuk menutup mata dengan kain hitam. Ahli tersebut perlu melintasi satu kawasan yang bertaburan dengan syiling dan halangan iaitu cawan. Ahli tersebut perlu mendengar arahan daripada ahli kumpulan lain untuk mengelakkan diri daripada tersentuh cawan-cawan, dan di samping itu mengutipkan 5 bentuk syiling. Daripada stesen ini, saya telah membelajari bahawa kepercayaan antara ahli kumpulan adalah penting.
- Stesen Keenam
Dalam permainan ini, setiap ahli kumpulan perlu melukis perkataan yang diberikan mengikut susunan. Ahli kumpulan yang terakhir perlu meneka perkataan tersebut berdasarkan lukisan yang telah dilukiskan. Kita telah menyusun kedudukan ahli kumpulan mengikut kebolehan melukis. Akhirnya, kita berjaya menyelesaikan misi ini dengan cepat. Daripada permainan ini, saya dapat mempelajari cara untuk menyampaikan sesuatu idea dengan kreatif dan mudah difahami oleh orang lain.
Selepas Aktiviti
Daripada program ini, saya belajar bagaimana kreativiti dan pemikiran kritis dapat membantu kita menyelesaikan sesuatu masalah dengan cekap dan cepat. Saya juga mempelajari bahawa kerjasama kumpulan adalah penting kerana kadang-kala, keupayaan diri seseorang adalah terhad. Tanpa adanya kerjasama kumpulan, sesuatu benda tidak dapat disempurnakan.