PROJEK HASANAH IN PHNOM PENH KEMBOJA

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. 

Alhamdulillah sepanjang 6 hari 5 malam di Kampung Baru, Phnom Penh, Kemboja memberikan pengalaman yang cukup berharga kepada diri saya. Mengembara ke negara orang untuk pertama kalinya, menaiki kapal terbang untuk ke negara orang cukup memberikan kegembiraan di wajah saya. Ini adalah satu peluang yang diberikan oleh Undergraduate Student UTM (UGS) dan menjadi Sahabat UGS untuk menimba banyak lagi pengalaman. Sepanjang program dilaksanakan di sana, pelbagai aktiviti telah diaturkan untuk bersama-sama bekerjasama dalam satu pasukan untuk menimba satu pengalaman. 

Pada 16 dan 17 November 2018, Aktiviti SMART PAK-21 WORKSHOP diadakan bersama guru-guru di Sekolah Kampung Baru. Aktiviti ini diketuai oleh Hasanah Zakaria dalam menyampaikan pembelajaran pada abad ke 21 bersama- sama dengan guru-guru di sana yang masih belum terbuka pembelajarannya. SMART PAK-21 ini banyak  memberikan impak yang sangat positif kepada guru-guru dalam menerima khusus yang diberikan oleh kami. Sedikit sebanyak ia membantu mereka untuk lebih kreatif dalam memberikan tunjuk ajar kepada anak murid di sana. 

Pada hari tersebut juga, aktiviti Program Bina Semangat dan Kepimpinan Pelajar diadakan di Madrasah Al-Nikmah dan disertai oleh 40 orang pelajar yang berumur daripada 13 tahun sehingga 21 tahun. Aktiviti bina semangat ini diadakan untuk mereka untuk mencabar diri mereka dalam mengatasi perasaan malu dan mengatasi sukar komunikasi bersama dengan orang luar. Hakikatnya aktiviti yang kami jalankan untuk mereka, tidak pernah dilakukan oleh mereka. Rasa seronok untuk mengikuti aktiviti ini sangat membanggakan. Saya sebagai salah seorang fasilitator untuk program ini sangat teruja untuk berkomunikasi dengan mereka. Pasti bukan mudah untuk mengajak mereka untuk faham dan belajar mengenai aktiviti yang dijalankan. Namun mereka sangat berani untuk mencuba dan mereka berjaya. 

Alhamdulillah, program berjalan dengan jayanya sepanjang 6 hari 5 malam di sana bermula pada 15hb sehingga 20 November 2018. Satu perasaan yang tidak boleh digambarkan untuk saya dan Sahabat UGS yang lain yang mengikuti program ini. Apabila terlihatkan gambar dan video pastinya akan ada cerita yang ingin saya gambarkan ketika itu. Harapan saya agar program sebegini akan terus dilaksanakan bagi mereka yang memerlukan. InsyaAllah ! 

 

DSC_0227.JPG