Reflection /
Another test coming up.... ^.^

salam ukhwah, salam perpaduan untuk semua. update terbaru nak cerita tentang selepas test 2 PCP, kami digegarkan dengan Test 3 yang akan muncul setelah itu. Tanggal 22 Mei 2012 menyaksikan segalanya tentang ujian PCP dan bagi saya ujian ini agak mencabar. Tajuk yang masuk untuk ujian ini merupakan tajuk-tajuk yang saya agak lemah. Sekitar ujian tu, saya rasa apa saya jawab mungkin banyak yang tak betul. Nak kata susah, tak sangat, senang pun tak de la jugak tapi banyak tak yakin dengan jawapan sendiri, entahlah macam mana jadi keputusannya. Jadi saya masih tidak tahu apa yang bakal terjadi pada keputusan ujian tu nanti. Tetiba rasa sangat takut untuk menerima keputusannya, mungkin Dr akan bagi esok. Sangat runsing tatkala memikirkannya dan sangat berharap Dr simpan je kertas tu esok, tak payah bagi. Frown

tapi jauh di sudut hati yang mendalam ni, saya sangat berharap dapat yang lagi baik dari sebelum ini. Harap-harap Allah makbulkan..

Pagi tadi kelas Kimia Organik, Madam bagi kertas ujian 2 yang dijalankan pada 21 Mei 2012, sehari sebelum ujian 3 PCP dan keputusannya Alhamdulillah walaupun tak berapa baik macam orang lain tapi rasanya macam dah berbaloi dengan usaha yang masih lagi kurang. Harap-harap dapat perform masa final exam nanti. InsyaAllah kamu boleh buat Wanah!!!Yell Bila dikira-kira markah OC rasanya sangat rendah, rasa malu pun ada dengan kawan-kawan. sangat down mental ni sekarang tapi bila difikirkan balik, segala yang terjadi ada hikmahnya, jangan putus asa!!

Please remember this quote..... :)

 

Setakat tu je hari ni...terima kasih sebab sudi baca luahan hati ni...:)