Posted on 16 December 2018, 10:05 AM
- Refleksi saya dari video ini, isu perkauman di Malaysia kini mula kurang dalam diri setiap rakyat di Malaysia. Dimana kita tidak lagi menghormati kebudayaan dan cara kaum lain.
- Isu sensitif seperti agama dan budaya kaum perlu lah dijaga bagi kesejahteraan hidup di Malaysia.
- Didalam video ini sebenarnya menceritakan tentang sekumpulan kaum melayu menyerang seorang wanita cina yang mempromosikan "tester" minuman keras di dalam pasaraya adaptasi dari isu yang viral baru-baru ini dimana seorang lelaki melayu merakam wanita cina mempromosikan "tester" minuman keras di parasaya Giant.
- Tindakkan mereka yang tanpa usul periksa telah menimbulkan salah faham di dalam perkauman iaitu di antara kaum melayu dan kaum cina.
- Mereka menuduh wanita cina itu mempromosikan minuman keras kepada muslim walaupun wanita cina itu memberitahu dia hanya mempromosikan kepada yang bukan islam sahaja.
- Ini telah menimbulkan perasaan marah kaum wanita tersebut apabila isu agama di persoalkan.
- Oleh itu, kita perlu bertolak ansur dan menghormati agama dan budaya kaum lain kerana kita hidup di negara yang berbilang kaum. Jika kita dapat mengharmonikan perkauman di Malaysia tidak mustahil Malaysia akan menjadi negara yang maju dan di pandang tinggi kerana mmpunyai rakyat yang mempunyai nilai murni .