NUR NAJIHAH BINTI SULAIMAN's Reflection

Refleksi Terhadap Subjek Pemikiran Sains Dan Teknologi ( Sec 47 )

 

i. Apa yang ada fikirkan mengenai subjek ini sebelum pembelajaran.

  • Sebelum mempelajari subjek Pemikiran Sains dan Teknologi  ini, saya beranggapan bahawa subjek ini agak sukar kerana terdapat pelbagai filosofi yang perlu dihafal dan ianya hanya berkaitan dengan teknologi dan sains yang ada pada masa kini sahaja.

 

ii. Adakah ia sama dengan apa yang anda fikirkan tersebut selepas melalui pembelajaran subjek ini.

  • Tertanya tanggapan awal saya terhadap subjek ini adalah salah sama sekali kerana setelah mempelajari subjek ini dengan lebih mendalam, tertanya subjek ini sangat menarik kerana ianya bukan hanya mengenai filosofi semata tetapi juga mengenai sejarah sains dan teknologi yang tercipta sejak zaman dahulu lagi. Terdapat ramai tokoh-tokoh islam yang menyumbang kepada perkembangan sains dan teknologi sejak dari permulaan ajaran islam bersebar. Hal ini membuatkan saya sangat mengangumi sumbangan-sumbangan yang telah diberikan. Ternyata sains dan teknologi yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh islam terdahulu lebih ke hadapan berbanding tokoh-tokoh barat yang saya tahu selama ini.

 

iii. Apakah manfaat yang anda dapat dari subjek ini.

  • Dengan mempelajari subjek Pemikiran Sains dan Teknologi ini, saya memperolehi banyak manfaat yang boleh dipraktikkan pada masa akan datang di samping lebih menghargai tokoh-tokoh islam yang terdahulu yang telah banyak menyumbang kepada apa kita ada pada masa kini. Selain itu juga, tugasan yang diberikan dalam subjek ini sangat membantu saya untuk menjadi seorang yang lebih kreatif dan berfikir diluar kotak.